Wednesday, April 15, 2009

kawan oh kawan

Sekarang ni mood tak berape nak baik. Pagi tadi sewaktu lapang selapang lapangnya, takde sape pon kawan2 yg sudi nak bercommunicate sampai saya jadi bosan sebosan bosannya - Desperate mahu kawan.

Tp, kini pabila saya dah jumpa kawan dan tengah dalam mood tenang menjalankan pekerjaan otoked, mula lah org2 yg tak diundang juga mahu mendekati!

Apa yg anda paham pasal kawan?
Sahabat?
Teman susah senang?
Teman bergembira je?
Atau suka duka dilalui bersama?

Dalam hidup kita, tentu ramai org yg kita kenal. Dari kecil, mase tadika, sekolah rendah, menengah, u, kje atau kat mana2 la, berapa banyak kawan kita? Tentu banyak bukan? Tp banyak mana yg masih berkawan dengan kita sampai sekarang. Ataupun yg sering menghubungi kita tak kira sejauh mana. Yelah kan, hidup ini sentiasa berubah. Mungkin dulu kawan, sekarang lawan. Ataupun mungkin dulu lawan tp sekarang kamceng tak hengat.

Sy tak pahamlah kawan2 yg hanya mendekati kita sewaktu kita senang je. Ataupun sewaktu mereka tengah senang, tak dengar kaba berite pon. Lari2 pulak tu dari kita. Paling benci jika mereka sanggup menipu semata-mata nak elakkan diri dari kita. Time dorg susah, baru nak cari kita. Terasa diri ni seperti dipergunakan. Yg lg tak best, sewaktu kita susah, semua pon ca.alip.bot~

Jika ini yg terjadi, baik takyah ader kwn. Hidup sendiri je lagi baik. Kita tak susahkan org dan org pon tak susahkan kita... Boleh je buat muke bolayan pada mereka2 yg tak berkenaan sekiranya mereka meminta pertolongan.

Emmm..

Tapi, tak boleh juga. Bukankah kita ni hidup bermasyarakat. Maka, kenalah saling memahami dan bantu membantu. Bersabar sahajalah atas setiap perkara yg berlaku. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Myb, hari ni hari mereka, esok lusa mana tahu turn kita pula~

Hargailah kawan2 disekitar anda. Jangan biarkan hidup anda diselubungi kawan yg hanya mencari anda sewaktu senang. Dan juga, berhati2 lah dalam memilih kawan. Kawan mencerminkan diri kita juga~


Oh, Susah sungguhla mencari kawan yg sejati~

No comments:

t.a.l.k.i.n.g

Related Posts with Thumbnails