Thursday, December 24, 2009

k.0.s.0.n.g

apabila otak kosong
fikiran menjadi bingung

oh...mau buat apa??
mau jadi apa???
kerja apa????

selamat kembali melangkah ke semester baru adik2...
owh, i really miss it..
rindu anda semua
enjoy every moment u have 'here'....
semoga berjaya!!!

erm, sebelum terlupa.. slamat hari natal kepada yg menyambutnya...

Friday, December 4, 2009

turun padang...

hari ini mmg sgt bz
kesana kemari
tak henti2

tp mungkin pada pandangan org takde mende pon..
eleh, amende je die buat
tak nmpak hasil pon~


Ohya, memang pon. tp tak semua lah...
tak sampi seru
memang pon anda2 kne menyeru...
Cz sy akan pilih seruan yg terder-deru..
hahah
So sorry~

kalo dah takdir~

kita hanya mampu merancang, tuhan yg menentukan...

Ya...
Phrase tu memang betul. Sy agree 100%.. Tiada kompromeeeeeeeeeeeee....

Kadangkala kita rancang, tak semuanya menjadi mengikut apa yg diingini. Maka, kita sentiasa la kne bersedia. Tak kira apa jua kerja, mesti ada risiko. Maka.. sy lebih suke main selamat.. er, maksudnye playsafe. Tp tak jugak..

Kerna, kadangkala tu mcm2 surprise yg berlaku sewaktu menjalani perancangan yg kita lakukan.. Oh i love surprise.... Mau tergamam pabila mendapat kejutan. Sperti kejutan kema nak kawen ujung bulan ni ...keh keh keh.. Nanti mau buat kejutan jugaklah.. haha

Kadangkala, mungkin Allah nak beri kita ujian kepada kita ataupun mungkin mahu menyelamatkan kita daripada perkara2 yg tidak baik pada masa akan datang.. Wah wah wah, kalau lah kita tau apa yg akan jadi in future kan.. mesti best.. Er, best ker???

Kadangkala kita da puas berusaha, tapi kalau Allah tak izinkan perkara tersebut berlaku nak buat macamana kan? Kun faya kun~ Kita mesti percaya yg setiap perkara yang Allah dah tetapkan dalam hidup kita ada tujuannya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa supaya takdir kita baik2 sahaja. Semoga kita ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.........

Naseb.
Sama ke dengan takdir???
Sy tak suke sebut. da naseb~
Macam moral down gitu...

Sy lebih prefer sebut dah takdir..
Cz u noe what????
Naseb tu mcm berunsur -ve
Entahlah....
Itu yg sy percaya....

Apa2 setiap org punya pendirian sendiri.
Lain padang lain belalang, lain org, lain ragam....

bercakap mmg senang...

bercakap mmg senang tapi cube buat. tengok........................
bercakap memang senang, tp cube tunjukkan, tengok...................
bercakap mmg senang tp cube kotakan, tengok.......................
bercakap memang senang, tp cube buktikan, tengok.........................
bercakap mmg senang, tp cube diam! tengok.................................

bercakap memangla senang, cume keluarkan suara je, tak perlu modal, tak perlu pengorbanan dan tak perlu buat pon :p

Thursday, December 3, 2009

ilang suda..

aiyaaaak!
template suda terformat...
nak buat lain, lain jadinya.....
yg da di save pon error..
paling benci blog friend list kne buat baru...
oh, sgt la malas........

Wednesday, December 2, 2009

boss|san|da|tang

1Gbps...
inilah mase nye
gunekan se optimum yg ada
sementara connection maseh tersedia
tp tatau nak buat apa
segala mende nak diteroka
download sebanyak mana
upload.. er, adeke??
software baru dicuba-cube
konon2 nak explore segalanya
belaja muzik, grafik dan bahasa
tapi semuanya hampa
pasal tatau nak tanye sape.....

70 gb
stok muvie yg tersedia
tatau nak khatam bile
peluke nk khatam semua
macam tak kuasa
baik menambah pahale
dari buat yg kerja sia-sia...

ok... mood bosan skg~
mari mengayat :p

Tuesday, December 1, 2009

bz

salam sejahtera

dengan ini adalah dimaklumkan bahawa jadual saya adalah amat padat dari 4-14 disember. Stiap hari ada sahaja urusan duniawi yg tak putus2. Jangan igt penganggur terhebat macam saya hanya duduk goyang kaki sahaja menghadap pc sambil bermain fb dan berblog. Owh, tidak kuasa okkey??. Oleh itu, dengan seikhlas hati saya tidak mampu berjanji apa2. Cukuplah dengan perancangan yg ada setakat ini. Yela, kita hanya mampu merancang, tapi tuhan yg menentukan....

Sy tak mau 'yg dikejar tak dapat yang dikendong berciciran'... Igt, kita punya tanggungjawab terhadap janji dan tugas yg telah diamanahkan. Sy tidak suka berjanji. Sbb akan frust kalo sy tak dapat tepati. Sy lebih suka redah ja. What goes around, comes around. Sy tidak suka janji kosong. Janji atas angin dan sewaktu dengannya... So, please la....

Of course, x sume org dapat mambahagikan masa dengan baik. Ye, saya akui sy lemah dalam pembahagian masa. Kalo boleh, sume mau buat, sume mau join. Tp apakan daya, sy hanya insan yg lemah. Punya kekurangan. Justeru, sy harap anda paham.

Semoga kita semua berjaya menjayakan apa yg dirancang. Jangan membuat janji kosong. Sila bertanggungjawab okkay???

dua disember 09

ok.. sekarang suda 1.17 pagi
even mebi tarikh yg akan appear kat blog nanti maseh 1 disember

nak tdo mcm tak best
selagi maklumat dihujung cari
so curious....

misi: mencari pot2 pekerjaan yg baek punya..
menggoogle bukan sebarang google
menggoogle earth (GE) skali
mencari destinasi yang tak pasti
kurang dari 30km dari rumah yg bakal dihuni
supaya boleh merempit nanti


sape yg firm die nak orang???
silalah rekemen
especially working environment yg baik
mmm.. maksudnye ada kawan2 yg setaraf, err, umonye
takdela gap umo jauh sgt
sy tamo menjadi vampire lg
cukopla pengalaman mase practical dlu...


tanak jao2
nak area kl2 je
lg dekat dgn bangsar lg suke
staf at least lebih 10 la...
berkembang sikit minda nih
pastu ot blh claim...
mileage pon blh claim
hoho.. gila demand
bajet hebat...
ah, ada aku kesah???

astaghfirullahalazim...

sorila ye kepada sesiapa yg membaca
harap maaf.
sy juga sgt rase annoying pada diri sendiri sekarang ni
fikiran sekarang ini sgt dipengaruhi oleh unsur2 jahat, kejam, tamak haloba, persaingan, dan hasat dengki...
astaghfirullahalazim...
astaghfirullahalazim...
astaghfirullahalazim...
omg... berubah cepat!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ok.. gtg.. byk lg firm yg nak d mark kat GE ney~

it's d.e.c.e.m.b.e.r

hari ini satu disember

bulan terakhir tahun ni...
biasanya org berazam di tahun baru...
tp sy suke berazam di hujung tahun
motif???
mempersiapkan diri dengan misi kehidupan...
menghabiskan sisa cuti tahunan ( cuti ke???)

wishlish bulan ni:
isthikarah akan masa depan
siapkan portfolio
pegi intebiu............. ke??
projek buku (ceh, mcm nilam project je time skola)
projek template
compilation accredetation-part1& part2 sume
langsaikan hutang2 kerja
menyebok kat trial camp
project dgn lecturer
project dengan rakan
project dengan family
cari kerja
cari duet
attend kenduri2 yg termampu
mencari ketenangan
menyendiri
bakar kerja2 dalam dvd
abiskan softcopy cerite2 dalam hardisk
format pc
pegi pc fair
melancong
melencong
cuti2 malaysia
-------------------------------------------------------------------
okla.. tu je kot dapat pk setakat ni....
hopefully semua ni dapat dilangsaikan sebelum tahun baru...
nanti boleh buat wishlish baru....

oh, masih berbaki lagi 30 hari untuk menunaikan hajat2 diatas....
move...move!

selamat memasuki semester baru junior2 ku~
haha... i'm free... b.e.b.a.s.k.a.h.a.k.u?

Wednesday, November 25, 2009

peringatan~

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat . .
Mungkin malam JUMAAT?
Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?
Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.....

Dan sudah pasti waktu ada kematian...
Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain? Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung pada NYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka... ...
Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)


Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.
DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.


RENUNGKANLAH........
Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!! !




Ya aku CINTA ALLAH ...
Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku
DIA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.




Ini adalah ujian yang mudah.
Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu...
Susah vs. Senang
Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran ?



Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?
Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem "forward" kan email yang tak senonoh?


Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.
Solat adalah yang terbaik....
Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.
Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.



Tidakkah melucukan bila seseorang berkata " AKU BERIMAN PADA ALLAH " TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).
Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal.., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?



Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?..



Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.

Dan akhir sekali aku tinggalkan pesanan kepada semua termasuk diri aku sendiri... kerana di akhir zaman ini berlaku sepertimana zaman Rasulullah S.A.W dulu... Di mana Rasulullah penah menegur tentang sikap umatnya yang mana suka memfitnah dan mengumpat/ mencerca saudara sendiri..

Di mana membawa maksud dakwah Baginda bahawa sekiranya seseorang bercerita perkara yang TIDAK BENAR tentang keburukkan orang lain itu adalah FITNAH... Jika seseorang bercerita perkara yang BENAR tentang keburukkan orang lain itu adalah CERCAAN/MENGUMPAT DOSA memfitnah adalah seperti MEMBUNUH... manakala DOSA mencerca/mengumpat diakhirat kelak dilihat sedang memakan DAGING SAUDARANYA sendiri...




Ya Allah...
Itu tidak lain2 dosa2 kecil lagi... Jadi insaflah umat Islam di akhir zaman ini...apa yang sedang kamu kumpulkan untuk bekalan akhirat nanti... (nauzubillah. ....) Aku ber DOA , untuk semua yang menghantar membaca peringatan ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH. Amin....

salam a.i.d.i.l.a.d.h.a~

balik kampung... wowowoow balik kg~

lepas sorg, sorang suda meninggalkan bumi bangi.. masing2 terus ke destinasi bagi menyambut aidiladha.. ada yg jauh, ada yg dekat.. what eva lah, even just balik kl yg sekangkang gorilla pon, syok ape... sambut raye ngan family..

anyway, salam aidiladha sy ucapkan. Selamat bekorban jiwa raga... huhu.. Maaf zahir batin.. Jmpe lagi di pertemuan semester akan datang.

Monday, November 23, 2009

separa m.e.r.d.e.k.a~

perghh..... lega da sabmit tadi... even jauh disudut hati macam mensubmit report darjah 6, tp whateva~ da tak kuasa...

sedar tak sedar da seminggu internal berlalu.... lastweek sy sentiasa mengharapkan minggu ini tiba dengan semangatnya tanpa perlu melalui hari2 external... alhamdulillah.. clean n clear. even tidak shiny2 bagai, namun sy tetap puas... i tried to work with my best kudrat on d last minute time.. eh betoi ka? what eva la.. da penat mengayat bagai 2-3 hari ni, maka struktur bahasa pon suda tunggang langgang..

maka, hari ini sy dengan resminya mendeclare BAHAWASANYA sy sudah bebas dengan kod mata pelajaran KKSB 5208 & KKSB 5225... terima kasih kepada semua yang terlibat menemani hidup ini disaat nyawa di hujung tanduk. walaupun nada separa merdeka, maseh mengharapkan result yang terbaik yang akan keluar hujung december... omg (tetibe risau semula)

ok... misi sapu bersih akan bermula hari ini.. sikit2, lama2 habis packing...omg.. kne angkut pakai lori sekontena ney... adoila.... :p

Thursday, November 19, 2009

season in the sun 'o'

pagi tadi sewaktu dalam komuter, sy terdengar lagu ini... terus mengamati liriknya dan ianya amat sesuai dengan mood sekarang. maka, lagu ini ditujukan khas utk anda2 semua yg sedang membaca

First of all.. tentunya bersyukur kepada ilahi... walaupun ada lagi hutang yg perlu dilangsaikan isnin ni, namun, beban yg lg satu tu da lepas.. alhamdulillah... syukur sangat2...

kedua, for my parents and family of course.. relative2 sume.... sila bawak bsabar ye... tahun depan, tahun depan... insyaallah...

Dan semestinya kepada adik2 ku sayang kat jsb ni khususnya penghuni duranta, samada yang tetap atau tidak... Dayah, thanks for being my duranta mate for this sem. Thanks and sorry for everything~ Banyak sangat sampai tak terkata... apa pun, goodluck for your next final semester ye. yes, i know u can do.. just follow your instinct .. For iman,finas, farah,cham, su, R, elly and sesiapa saja yg terlibat secara tidak langsung dalam projek ini, terima kaseh atas pengorbanan dan jasa kalian. Nasihat,kata2 semangat, tolong angkat model, tolong tampal bod sume2 tu... thanks ye~. serius.. tak terbalas jasamu sume.


Tidak lupa juga kepada rakan2 seperjuangan.... Adzlin, thanks for coming di saat2 aku perlukan sokongan seseorang. Sangat menyusahkan ko selama ni.. thanks banyak2... For kajek, lin n yong.. Congrates together2... Good luck for your future!!Thanks and sorry for everything~ Keep in touch n kita hampir setaraf.. muahahaha.... But remember.. kita maseh ada hutang... oh hutang, bila mau selesai da....

Dan tentunya kepada para pensyarah jsb semuanya... terima kasih atas segala ilmu dan nasihat yg telah diberikan sepanjang 5 tahun lebih pengajian saya disini. Khususnya kepada puan akmal selaku supervisor. Thanks sangat2 kerana bersabar dengan karenah design saya, sering memberi harapan dan semangat. Dan sentiasa pcaya pada saya walaupun selalu dikecewakan. Maaf ye puan. Juga kepada En. Mastor. 5tahun da die melihat kami membesar dalam jsb nih. Da kenal da dengan perangai kami masing2. Terima kasih kerana berbangga dengan kami selaku first batch part2 walaupun kami tak sehebat mana. Terima kasih juga kerana memberi ruang dan peluang kepada kami even last2 minit... En. Nasri dan En. Irfan.. thanks~ tanpa kalian, tentu saya tiada perasaan nak meneruskan external. Terima kasihla pcaya kepada saya. Kepada semua lecturer., halalkan segala ilmu yg diberi. Semoga kami dapat memanfaatkan segala ilmu tersebut dan bjaya dengannya. Maafkan kami~

And to the staf also. Sume la... Sorry and thanks for everything.. Especially ikmal... Thanks ye.. selalu susahkan ko print last2 minute ...and others... terima kasih...

And to all my jiran di juniperus.. good luck for your next sem. Nanti kite grad sama2....

Terima kaseh.....























dan terima kaseh sy ucapkan...........................



























m.o.o.d sdg bermusim sewaktu panas mentari memancar~
bersyukur kerana saya dipertemukan dengan orang2 seperti kalian

semoga persahabatan kita diberkati dan kekal bahagia selamanya~

Wednesday, November 18, 2009

omaigod

omaigod omaigod....

ya allah... ya allah..

thanks to everyone... tuhan je yg mampu membalas jasa dan pengorbanan kalian.... semoga kalian berjaya dunia akhirat.... andai kita berjodoh lagi semester depan, sy akan buat yang terbaik untuk kalian juga... waaa... hopefully kita berjodoh dalam kejayaan.

omaigod...omaigod...

tak pernah rase gelabah selama 5 tahun ni...
masa depan = ?????

omaigod....

Wednesday, November 11, 2009

pagi

pagi sangat cantik
melihat matahari terbit dari bukit belakang jakba hanya melalui tingkap duranta. Oh, indahnya suasana pagi, *tibe2

Maka, hargailah waktu pagi anda.. ok.. nanti sambung.. section sedang menunggu untuk dihargai pulak~

Friday, November 6, 2009

chill~

8 hari lagi...
ketegangan, ketensionan mula terasa.
Kembali menjadi vampire di duranta...
Hanya keluar pada waktu2 tertentu je untuk mencari rezeki :p
Serius sgt memerlukan toyol ketika ini...
Anyone???

OK.. jgn stress2... relax...
Follow tips2 dibawah okeh??
E.N.J.O.Y ~

------------------------------------------------------------------------------------

1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.

2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.

3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.


4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.


5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.


6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.

7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.

8 Jangan terlebih makan..takut jadi ngantuk dan malas pula.


9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.


10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.


11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.

12. Mandi setiap hari... untuk refresh design2 kat kepala

13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.


14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.

15. Lakukan kerja seikhlas hati.


16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.


----------------------------------------------------------------
Da Puas bace???
OK.. P smbung kje smula ye ^___^

Thursday, November 5, 2009

ou

alhamdulillah hari ini berjalan dengan jayanya...
setiap saat dimanfaatkan sebaik mungkin tanpa ada sesalan yg berlaku.. syukur kepada tuhan kerana telah menemukan jalan yg terbaik buat hambanya...

pameran di ou
satu je sy nk ckp- less is bore

apapun, pengalaman hari ini mmg takkan dilupakan.. seronok~

terutama sekali di level LG south wing. Nak tau apa??? pergila... available smpi ahad ney~

pengajaran buat hari ini:

tak kenal maka tak tau
dah kenal tak semestinya tau

Jangan simpan dalam hati, nanti memakan diri
jgn buat hal sendiri, nanti org lain tak ambil pduli

Kadangkala mungkin kita terlupa,
Tp bila dah igt, jgn wat x tau aje
kerana dah memang perangai manusia
suka mengingati benda yg tak sempurna~

emotional, profesional,
bertindaklah dengan rasional~

lastly, thanks 4 everyone~ u guys really make my day ^___^

kepada bos... tunggu kedatangan saye ^___^

Wednesday, November 4, 2009

mlm jumaat~

asal malam minggu je hilang, asal malam jumaat je keluar, asal malam jumaat je jimba.. asal hari khamis je ada plan. plan harirabu je drag ke hari khamis, plan hujung minggu je drag ke khamis.. aiyoo.. penat suda..

tetibe rindu zaman tak berapa jahiliah suatu ketika dlu di johor.. solat berjemaah dan membaca yasin beramai2 kat surau merupakan satu kemestian... takde pon bising2 nak keluar outing mencari ketenangan bagai. Dok je kat hostel tu diam2.. hujung bulan baru balik KL. Tu pon, tak kemana2.. Dok rumah je. Paling habis pon keluar dengan family...

Tapi sekarang, tak keluar je gelisah, resah ntah macam ape.. Paling kokak pon pastinya aktiviti merempit sekitar 30km radius dari duranta.. Paling advance da tentunya liburan malam bersama rakan2....

Entahla, da memang sedar diri dah ni,.. tapi, kenapa masih tabley nak berubah???? Arghhhh... tension dengan diri sendiri.. Ya Allah, kembalikan aku kepada jalan kebenaran... Jauhi aku dari kesesatan dunia yg fana ini dan permudahkanlah aku mencapai kejayaan dunia akhirat.. Amin...

--------------------------------
Esok adalah hari khamis.akan ada program lagi dalam kepala dan tentunya akan meleret ke malam hari... iaitu malam jumaat. arghh... kenapa jatuh pada hari khamis malam jumaat????

wahai sahabatku sekalian , marila kita merencana solat berjemaah dan bacaan yasin bersama-sama...

Friday, October 30, 2009

HIDUP KAUM HAWA!!!

I Just want to share something from my email~

---------------------------------------------

Kalau nak cerita bab kaum Hawa ni, itu baru sekelumit, Chah! Tanyalah 'Hawa'2 yang dah berumur 58 tahun ni, lagi yang dah menjangkau 86 tahun tu, catatan kami boleh dibukukan jadi bahan sejarah, bahan kajian U level! Pitam nak membacanya! Itulah...Dalam Budget 2010 PM tak sebut pun peruntukan...


Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

beliau telah mencari kerja

2-3 minggu, fikiran berserabut akan persoalan yg tak pasti. tp pabila terjumpa rakan seperjuangan tadi yg telah sibuk intebiu sana sini mengembalikan semula semangat yg telah hilang.....

Wednesday, October 28, 2009

collectible items~

tadi, kanak2 di duranta ini sungguh bersemangat menceritakan beetle collectible item kat kfc.. yg dah bli, nak bli lg... tak bli, of course la nak membeli~ hoho... sila sila, dapatkan sebelum terlambat~

agak cute tp sy tak berkenan di hati.. entah.. lebih prefer kete lain kot... cz kecik mcm hotwheels je.. nak beetle yg betul2 pnye.. kaler kunin tu.. ^__^







for this month, collectible item yg pailng sy nak skali adalah pen baskin robbins...
cute kn?? kawai.... nak.. nak... tp byk tempat da takde stok... kat mana ada lebih, sy mau bli???

ni poster dia......








mc'd plak kali ini maseh dengan cawan coke nya..

mmmm.. sy tak berpeluang bli lagi.. entahla, tak macam mau bli kot.. tp semalam sempat buat kuiz ney~ cubela tgk cawan kaler ape yg sesuai dengan personaliti anda.. hehe.. tetibe rase mcm mau bli yg kaler lime tuh... motif??? nmpak sgt~

----------------------------------------------------------------
tetibe teringat zaman mude mudi dlu2 mengumpul item happy meal scr berleluasa.. heh~

Sunday, October 25, 2009

takdir~

berjalan mengikut takdir,
menyerah kepada takdir,
berharap kepada takdir,
berusaha melawan takdir...

oh apakah?

bolehkah?

tp, bagaimanakah???

ilmu yg tidak diamalkan akan menjadi sia-sia, justeru?
Kerja yg tidak ikhlas adalah tidak diberkati, jadi?
Hidup tanpa keberkatan akan menyebabkan jiwa tidak tenang, maka....????

---------------------------------------------------------------

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib.

Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya

Seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

-----------------------------------------------
Ya Allah, tentukanlah kebaikaan untukku dimana sahaja sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu~

fikiran yg tak berkesudahan......

hidup ini,
tak perlu sensasi,
hanya perlu settle kan misi,
selaku khalifah di bumi

teman,
tak perlukan keramaian,
hanya sekadar berkongsi kegembiraan,
dan kedukaan...

kekayaan,
kemiskinan,
berlainan untuk setiap insan,
kita hanya perlukan usaha dan kesabaran...

Segala rintangan,
perlukan kekuatan,
juga ketabahan,
yg berlanjutan...

Justeru,
marilah kawan-kawan,
menyiapkan disert dan dsign,
Hingga ke penghabisan...
--------------------------------------------------

Mood swing mengayat puisi tp disert tak abis lg :p

Monday, October 19, 2009

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan

Ustaz Ismail Kamus: (Kesilapan / Ketidakkesempurnaan dalam Ibadat & Amalan)

----------------------------------------------------
Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang
ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung takmau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh).

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung dengar… kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil
kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang
yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala…Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ! ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul ihram sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri…Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..! Jadi kesimpulannya,make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut..Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin", "Hamdaz-zakirin" dan "Hamdasy-syakirin". (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan. Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan..contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..


11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu...selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar.. walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula.. Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa….. Renung-renungkanlah...

Success is to be measured not so much by the position that one has reached in life , as by the obstacles that one has overcome while trying to succeed

Time is like a river, you cannot touch the same water twice, because the flow that has passed will never pass again, Enjoy every moment of life.

Friday, October 2, 2009

oktober suda....

Selagi masih berkesempatan, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua. Agak terlewat, tp better late than never. Sy juga ingin memohon maaf kepada semua sekiranya terdapar salah silap, terkasar bahasa, terkecik ati, terlebih terkurang, ter..ter...ter.. anythinglah, harap maafkan dan halalkan ye.....

Akibat cuti hari raya minggu lalu, duranta tiada lagi hubungan dgn dunia siber~ tenet cuti beraya selama sebulan.. so, mebi this is the first and the last entry for this month. Thanks to lecturer yg mengkanselkan presentasi di saat2 akhir yg menyebabkan sy tersangkut di labbukha buat beberapa jam lantas menghasilkan entry ini..........

OKLA.... Jemput beraya di duranta selagi stok kueh raya maseh ada.... da!

Monday, September 14, 2009

Bercakap mengenai duet~

Pada masa sekarang, sy mmg tak berduet. Kehidupan bergantung kepada kebijaksanaan diri menguruskan wang dalam waktu2 terdesak. Kerana bajet raya telah melencong ke belanjawan pc, yuran sem yg naik mendadak dan peruntukan memprint berpuluh2 board pada hujung sem ini. Last sem, my studiomate ada yg print board sampai rm600.. Wadde?? Tula... Jadi bdk archi ni memang macam org kaye. Duit mengalir mcm air je terutama sekali waktu internal o external.

Kadangkala melihat, mendengar dan membaca tentang org laen yg sibuk bercerita pasal baju raya, kasut, handbag... what ever that stuff la, i macam menyampah. Bukan ada nada jeles disitu tp entahla. Takde perasaan. Kerana saya sedar saya tak berduet. Baju kurung satu almari dah lama tak dipakai. Bila la nak pakai??? Seingat saya memakai baju kurung pada waktu terdekat ney adalah bulan april lalu (mase external) dan sebelum tu mase disember lepas (cousin kawen). Laen waktu, sori~ sy selesa dengan kehidupan sebagai pelajar yg sempoi dan masih memerlukan bantuan kewangan dari kedua org tuanya. hoho...

Bila melihat rakan2 sebaya mahupun jr2 yg telah bekerja membuatkan saya sangat tertekan. Boleh membeli utk ibu bapa itu dan ini, membantu keluarga utk perbelanjaan raya kali ni. Even sedikit. Or even tak bantu sesiapa pon, tp mereka maseh mempunyai kuasa veto dalam wang maseng2. Maka boleh berbelanja secara suka dan suki.

OKla... nak cakap tu je.. kepada sesiapa yg ingin mempromote segala mala menda, harap maaf bcz im not interested. Menyemak je (dalam hati)~ Ye, dalam hati mmg mudah nak memberontak tetapi sukar utk diluahkan. Better luah dalam blog.

Sesapa yg masih mempunyai syer saya dalam duitnya, silalah pulangkan ye
.. i'm really desperate la! (la sangat~)

Saturday, September 12, 2009

alert!

write 'makkah' but dont write 'mecca' coz 'mecca=house of wine'...

write 'muhammad' dont write 'mohd' coz 'mohd=dog with a big mouth'

prkataan BYE adlh jarum sulit kristian yg BERMAKSUD dibbwh naungan pope

GN gnekn A'KUM sbb ia BERMAKSUD binatang dlm bhs yahudi..

SEMEKON plak brmksd celaka kamu..

jd GUNAKAN prkataan SALAM as a singktn bg assalammualaikum

Friday, September 11, 2009

Setelah setahun lamanya~

Sudah lama tidak melibatkan diri dalam acara crit secara terbuka ney, last time seingat saya adalah pada oktober tahun lepas, iaitu semasa internal mahupun external yg lalu. Perasaan dah lama tak berhadapan dengan lecturers tiba2 dirindui. Tiba2*

Tadi petang, sesi open crit berjalan dengan lancar. Alhamdullillah segalanya proceed. Hanya 3 minggu saja lagi berbaki. Manakan nak buat board, repot dan disertasi sekaligus. Dengan section dan dwg2 lain yg kne amend. Sangat serabut. Planet duranta seolah2 seperti tempat pelupusan sampah. Tak igt mana pergi board n calculation sumer mase sem1 dulu. Setelah2 puas mengorek sana sini, akhirnya pasrah. Do a new 1 again... :P

Keyla... Just to remind my self that i hv only 3 week left to clear this messy design. Arghhh..... da tak kose da mengadap setahun setengah lamanya. Harap2 semester ini berakhir dengan jayanya.. amin~

Wednesday, September 9, 2009

s.o.y.a

Bulan ramadhan ni mmg sedap kalo berbuka dengan air soya. Pernah dengar "Green Bean Soy Drink"?? Soya kacang hijau~ Ikuti email yg sy terima br2 ni

-------------------------------

Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringaneluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia. Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.



Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya........



Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???


Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!


Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini

-------------------------------------------------------------------------

Mungkin di Malaysia produk ini belum lagi boleh didapati. Apa2 pun, berhati2 lah dengan setiap makanan yg masuk ke dalam mulut anda kerna ia akan menjadi darah daging kita.

bukan monolog

Sekadar meluah perasaan yg tak terluah. Sebagai pemerhati mahupun penasihat yg tak berkenaan~

Harap pembaca jgn terlalu serius dan B professional~
-------------------------------------------------------------------
Hari ini planet duranta berputar senget pada paksinya. kerna apa???? kerana beberapa situasi di bawah.

kad raya dan kain perca menghantui di mana2. Kad da byk. Bila mau jual neh? Takkan nk jd tontonan utk kami bdua je kat sini. Deyyy group bussiness, kasi take over la jgk. Jumaat nxweek student suma dah confirm takde. So, sape nak bli nanti?? Paling habis pon minggu ni sepatutnya da start promosi.

Setakat ini sy x mendengar lagi mana2 sponsor luar yg kita dapat. It means that we have no extra money. Maka, kne la pandai2 berjimat. Tak blh la bajet sume nk tersedia pastu kita just goyang kaki ja~

Bercakap pasal berjimat ni sy nak sentuh skit pasal peruntukan belanjawan. Desas desus menyatakan bahawa belanjawan makanan ter'over budget. Peruntukan Rm20 sehari bagi saya agak mahal. Ini Siriessss.. Sedangkan belanjawan makanan seharian seorang pelajar NORMAL yg mampu tahap ptptn pon tak lebih rm10 rasanya.. Diulangi... peruntukan PTPTN. Bukan peruntukan pa or ma or tajaan mana2 pihak okkay??? INI BUKAN SEKADAR OMONGAN KOSONG. Tapi ini lebih kepada pendapat peribadi setelah membuat pemerhatian dikalangan pelajar u.

Bagaimana caranya??? Hanya rm10++ utk 4/5x makan sehari (pg, tghari, ptg, mlm/ supper) Main course sahaja yg ditempah catering@ whatever kedai makan. Kalo nak lebih 'kedekut' dan 'kejam' lg, kita tak perlu makan buffet or hidang2 ni. Just suro pihak catering tu siap bungkus dalam polisterin. Lg jimat dan mudah. Lps tu, student hanya Q utk ambil bungkusan makan ja. Buah2an dan air, kita handle sendiri. Kita blh pek dalam plastik dan edarkan sekali dengan Polisterin makanan. Tak perlu cedok2 lauk, kelam kabut tak cukup staff or Q berjela panjang bagai.

Itu hanya cadangan sahaja. Mungkin ada yg berpendapat ini adalah melampau dan tidak berbaloi makan sedemikian dengan bayaran yuran yg agak tinggi. Tp kne igt. Jika sehari makan dalam rm 20, spjg bengkel 5 hari sudah mencecah rm100. itu sudah lebih 75% dari yuran yg bakal dikenakan. Masalahnya.... berbaloikah???

Kita kena igt bahawasanya kita tiada sponsor lagi dan kita berada di daerah lembah kelang. Kos sara hidup mmg tinggi disini. Bukan macam nun jauh di selatan mahupun utara semenanjung ataupun pantai barat yg mungkin rendah kos sara hidupnya.

Ingin sy memberitahu anda akan kejadian bengkel 5tahun dahulu yg juga bertempat di daerah lembah kelang. Serius sy benar2 terkilan waktu itu kerana observer yg membayar yuran sebanyak rm125 (kalo tak silap) tiada peruntukan makanan. Hnya participant(rm150) dapat kupon makanan yg tertera pada buku nota (tu pon observer tak dpt). Bagi sy itu sangat melampau. Mmg mostly observer sgt 'hot ketika itu. Dahla takde makanan, takde tshirt, beg kertas (goodie bag) pon tak sama isinya dengan participant punya.Terpaksalah participant yg tak mahu makan memberi kupon kepada observer sedangkan beza yuran hanyalah rm25. Dahla takde modul. Setakat memerhati ja masa tu~ Dalam hati: baik tak payah!

Makanya, bekerja kerasla utk mengumpul dana wahai segala warga planet sekalian. Selagi tenaga kerja masih ada. 1 semester depan mmg tak cukup utk berhempas pulas memandangkan 2 batch akan menjalani practical. Jika tidak, g.o.o.g.b.y.e~ tu sahaja yg mampu sy katakan. Bukan utk menakutkan tetapi, beringat2 lah semua.

NO m.o.n.e.y NO .t.a.l.k

--------------------------------------------------------
Segala pendapat ketika mood 'swing' di subuh hari sementara menyelesaikan planning car park diharap dapat dipertimbangkan dan tidak menjadi isu yg sensitif kepada semua pihak. Harap maklum~

Tuesday, September 8, 2009

seorang 'ranger '

3.25 pagi

Bersendirian sekarang ditemani cahaya monitor. Bekalan cahaya sengaja dipadamkan akibat mahu menjimatkan tenaga disamping menyembunyikan kehadiran haram disini. Planet juniperus sudah gelap dan tiada sebarang bunyi tp penghuninya lupa mengunci grill tingkat bawah. ciss!!! kedengaran bunyi air-cond yg sedang beroperasi seolah2 pakgad yg membuat spot-check dan mengetuk2 graviti planet duranta. Jika tiada connectivity siber ketika ini, mahu saja lari ke planet petunia ataupun heliconia ketika ini.

sebelum kejadian.
----------------------------------------------------------------

12 tghari

dah lama x stay up sambil ditemani dunia tanpa wayar. ya, pagi tadi tetiba port duranta mendapat kuasa ajaib entah mcmana yg membolehkannya berhubung ke alam siber. thanks to iman, si pembekal ip address yg baru. 1Gbps~ wow.... donlotla apa saja pasti laju.. tetapi malang utk warga planet yg lain disebabkan hanya 1 port sahaja yg beroperasi dengan jayanya.

3ptg
melayan pedagang PS yg mau trade rare item. hopefully, pedagang tersebut jujur terutama dibulan ramadhan yg mulia akibat saya memberi hutang kepada beliau utk dilangsaikan dalam suatu jangkamasa.

Pengajaran: masa nak kan sesuatu, beria2. dah dapat , buat dek je...

manis mulut pintar berbicara.
Pujuk rayu memantau segala,
Bila dah dapat, hutang dibuat2 lupa,
Menghilangkan diri, ada saja alasannya.

6ptg
Aktiviti sosial di bazar ramadan.
Kereta merah dan kuning jadi pengangkutan,
Berbelanjalah kalian secara sakan,
Berbuka beramai2 suatu kemestian.

10 mlm
Selesai sudah melaksanakan kewajipan, penghuni lama planet duranta membuat ziarah dan pesta eskem bermula. Perut kenyang, hati senang, Mata pun bergenang.... Bersurailah mereka2 ke planet masing2 pada tengah malam.

-----------------------------------------------------------
* kedengaran bunyi dari Planet Juniperus. Oh, penghuninya telah pulang semula dari bersahur rasanya. Ok, menjadi berani dan lampu akan di onn kan semula tepat 5 pagi.

Monday, September 7, 2009

UBAT PENYEMBUH SYAITAN & IBLIS

Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan itu juga sering mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya.Walaupun seteruk mana pun penyakitnya dan patah kakinya, namun ade sejenis ubat yg membantu memulihkan penyakitnya. Boleh katakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan tangan yg serius dan boleh dimasukkan ke wad ICU.

Namun kita sebagai umat Islam juga telah bersimpati dgn nasib iblis dan syaitan dan telah menghulurkan ubat secara percuma kpd mereka ygdilaknat.Di pendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan anaknya pergi mengganggu umat islam yg baru hendak solat dimasjid, apabila sampai sahaja di masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut dan melalaikan para jemaah.

Tiba-tiba berkumandang lah azan, maka larilah iblis lintang pukang sambil terlanggar bukit,pokok besar dan seumpamanya dan mereka lari sehingga tak terdengar lagi di telinga mereka laungan azan. Maka iblis tadi meraung sakit kerana cedera parah, patah tangan ,kaki dsb. Datanglah bapak mereka dan mengarahkan bahawa hannya ade satu saje ubat yg boleh menyembuhkan kembali kecederaan parah mereka, lalu menyuruh mereka pergi ke rumah org islam dan carilah air kencing org yang kencing berdiri dan sapulah ke tempat yg luka cedera parah. Sepantas kilat,mereka mencari org Islam yg kencing berdiri dan serta merta penyakit mereka sembuh.

Kesimpulannya, org kencing berdiri inilah yg menjadi punca iblis sentiasa sihat dan segar bugar. Oleh itu, jgn kencing berdiri!!!

Monday, August 17, 2009

kombo kusyen

tajuk macam 'skema', tp sebenarnye tak berkaitan sangat pon . hanya ingin menceritakan pengalaman bersosial 5 hari 5 malam di ukm, aktiviti suka suki selain pesta konvo dan menyambut archies yg grad thn ney~

kalo beberapa hari lepas sy telah menceritakan pengalaman acara sosial yg melanda di ukm. ikuti sambungannya selepas itu.....

Malam tu, kami beramai2 telah ke pesta konvo bagi melihat chareographer jsb yg mewakili kolejnya bagi membuat persembahan. Nampakla sket2 dari astaka... whateverpon, kolejnya tidak bertuah pabila jakba merampas tempat. Tadi boria pon si jakba semangat gila. seb baik kalah.. hahah... Ah! kenapalah sangat beremosi dgn jakba ney??? shuh. shuh.. p main jao2...

sesudah itu, kami bersurai dan malam tu berpeluang lg stay kat duranta ditemani dayah. Igt da terkubur dah makam tu dilanda warga timur leste.... Tidak banyak boleh digosipkan malam itu selain berceramah psl SWOT akibat kitidakcukupan 'korum' acara. Maka, tidur dengan bahagianya malam tu ditemani ekon dan kipas pusing2 membingitkan lg keadaan langsuir eh langsir ketika tu... Whatever pon, Duranta is the best!!!

tamat satu bab
------------------------------------------------------------------------------------

pagi esoknya, bersemangat bagai bersiap seawal pagi nak ke dectar. malangnya, penantian 2 jam berakhir dengan sun burn di tengah2 crowd dekat gong tu. Anyway, sangat gembira walaupun tak berpeluang sekali lg menyarung jubah grad yg sama pada thn ney, namun, i'm still happy.. Congratulation kepada sume warga ardent yg grad pada tahun ni. Tak lupa juga kepada rakan2 lain yg tak berkesempatan sy datang meraikan hari graduasi anda. to huda, selamat menjadi doktor feberet! , to in in, selamat merawat gigi pesakit, to muny (sy semacam melihat anda di hari kejadian namun tak berkesempatan wish, congrats!) sape lagi eh??? sumer2 la.... sori kalo terlupa o tatau... Congrats ye!!!

Nak tgk Gambar2 ??? anda bolehla melayari pesbuk. ada banyak gambar da di aplod disana. Gambar dari kamera sy juga akan di aplod kelak !! what a happy day... sungguh seronok sampai dato' org kaye sg. ramal mengatakan sy ney maskot konvo jsb. tiap tahun mesti datang konvo. ciss kek!!! kureng sungguh ko ye kemaRUT, ye la nx year I'm not here anymore... saya da takde dah kat ukm ney bermula januari 2010. Insyaallah..... Maka, selagi berpeluang mengarut dan bersosial sesama ardent suma, buat la... Nanti da 'tue', segan pulak nak menonjolkan 'kematangan' masing2....

Setelah puas meraikan graduasi di depan dectar, suma pon berpecah. First skali, saya ke x-site. Motif??? mencari sesedut air.... tapi apakan daya, tiada air menarik yg ditawarkan di kedai nelson, maka, membawa diri ke ptsl membaca paper sambil meneguk water cooler yg free disana....

Destinasi seterusnya??? Harusla ke studio. Akibat tiada org yg pasti di duranta mahupun juniperus, maka, sy melihat2 petunia dan heliconia. Oh, hanya ada pnas seorg. Dari kejauhan terdengar suara2 sayup di couryard kejut. Ada majlis khas diadakan utk para graduan kejut. Pihak katering juga telah memulakan tugas masing2. Yeah!!! itu yg ditunggu... cheh!

Malangnya, sewaktu akhir2 majlis tersebut, terdapat sesi fotografi. Tapi, hanya tinggal ranjeeta sorg je wakil graduan jsb. sinfui pulak pretend to be supporting lecturer... what??? mana uols yg lain.. haduyai...

takpela, mungkin msg2 mempunyai agenda yg tak dapat dielakkan. for nx year graduate, please remember this ok.. jgn pulang... for those yg takde hal2 kecemasan tu, lek la dulu... this is our last chance to gather 'formally'.

Di courtyard, acara makan2 telah bermula. Warga dalam studio malu2 ayam. Mahu tp malu... :P
Sampaila si bukhari masuk ke heliconia memanggil student suma join. Ceh! ketika itu sifat malu2 ayam masih ketara. Tapi, bermula sahaja sendukan pertama, suma macam tabley blah. Tu la dia, malu2 ayam..... At the end of the function, makanan maseh banyak lg. Apalagi... ON t.a.p.a.u !!! hehe... rugilah kamu sekalian yg tiada di tempat kejadian ketika itu...

Tamat bab dua
-------------------------------------------------------------------------------------

Sewaktu tengah bergembira bagai menikmati satay dan air oren, tetibe supervisor muncul dan membuat temujanji dengan saye. Hah. sunggoh keju... bukan student yg buat appointment dengan lecturer, tp lecturer yg terpaksa make appointment dengan student akibat student yg amat bz dengan jadual harian yg ketat..hoho.. nasebla..

Maka, secara tak langsung, hari isnin kne datang ukm lg.... Adoila.. kje satu apa pon tak buat sejak p spore lastweek.... Komputer siap unplugged lg tu kat umah. Akibatnya, terpaksa segera berangkat ke rumah dan menyiapkan setingkat dua floor plan yg terbengkalai sebulan yg lalu....

Hari kejadian (petang tadi)....
Rushing dari rumah beria bagai tp supervisor maseh ada crit session ngan studio lain. Dlm pada itu, saya terpaksa berebut timing dengan encikgu tadika yg sama2 mahu di kerit.

Terminal vs tadika

Haruslah terminal yg menang. Encikgu tadika entah menghilang kemana. Mungkin sedang menangis teresak2 akibat kekalahan projek. wakaka.. Akibatnya, berlangsunglah sesi kritikan ke2 sy sem ini lebih kurang 2 jam bersama supervisor. Wah... gila lama. Nah, amik!!! Nak dikerit sangat kn td??? Seperti dikerit oleh koordinator pula.. wahahah...

To my fellow studiomate, get ready ok. Mebi on 12th october is the dateline for every studio. (khabar2 yg dibawa angin)

Magrib itu, hujan membasahi muka bumi ukm. Segala agenda tidak dapat diteruskan even mahu kembali ke duranta pon. Terpaksalah saya menghabiskan masa di studio jr. Kebetulan mlm ini 24 jam studio ONline~ maka, bley menumpang kaseh disini.

On d way, berjumpa para RA yg sedang melepak di bilik pensyarah. Setelah bergosip sepatah dua, cadangan ke pesta konvo lagi bermula. Haiyooh.... tiap2 hari sy pergi pesta konvo... Sambil merempit meredahi hujan renyai, sempat pula mereka2 disini meng'oder' pecal ayam berkotak2 dan wantan kat saya. Haha.. ni kne cas delivery ney.....

Sampai sahaja disana, misi mencari meatball dan segala friedballs bermula. Selepas itu, sempat melihat2 pentas yg sgt crowd dengan penonton boria. Wah, dalam hujan2 ni pon bersemangat mereka suma.... bagus2. kalo tarian, nyanyian bagai suma kawasan pentas sesak2 sampai tabley lalu. Tp kalo mlm jumaat yg buat ceramah o talk ehwal islam tu, lengang sampai bley scan sorg2 sapa yg datang... Astagfirullahalazim... dunia akhir zaman, duniawi ini suma....

OKla, suda pkl satu setengah pagi. nyamuk2 sungguh banyak di heleconia ni. sangatla mengganggu konsentrasi sy mengayat ketika ini. nite!! . nx mission: mahu mengushar laptop baru yg bau kedai kat org depan ney.... hehe

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, August 15, 2009

petang di courtyard

sudah lama tak melepak seharian di kejut. Kebetulan petang ni ada jamuan apatah yg ada balance2 yg sgt ditunggu2 penghuni kaki lima di courtyard... and then.. pesta makan2 pon bermula.....

ohooo.. maaf, tiada gambar dapat dikongsi even memory card dah penuh dengan gambar2 candid dari semalam. Bermula dengan ke green building kat bangi yg tabley masuk, ujian talasemia di DG, Mencuci mata di pesta konvo, meeting workshop, birthday celebration, supper kat pesta konvo sambil bergosip mengenai seluruh warga jabatan dan segala batch, melawat rumah x-durantians, mem'packing' duranta dan sampaila ke hi-tea di kejut, sumanya sangat seronok... haha... nampak sangat sudah lama tidak bersosial :p (sgt menipu kerana lastweek baru je cuti2 selatan)

oh... malam ni pula mau menonton festival citra tari di pentas pesta konvo.. yeah.. mari2 suma.. bagi sokongan kat choreographer jsb kita yg membuat persembahan pd pkl 8mlm ney....

ok.. da pkl 6.59pm.. ada sejam lg nak selesaikan pesta hi-tea ini sebelom move on to the next 'agenda'... hahaha...

esok, jom ramai2 kita g support budak archi yg grad sesi pagi dalam pkl 9.45am.. congrats uols yg grad esok!! lai lai lai...

Wednesday, July 29, 2009

menjual ikan

cikgu kate, kita jgn jual ikan


maka,
ikan tidak dijual disini...
ikan juga tidak dibeli...

tp kadangkala, tak lalu la asyik nak makan ayam atau daging ja...
kene jgk merasa seafood skali sekala...
maka, secara tak langsung, kne makan ikan...
bermakna ikan telah dibeli...

knapa kne beli ikan dari penjual ikan???
sebab takkan nak bli kat penjual sayur plak
apedaa...

ikan baik utk kesihatan
segala proten, vitamin, zat bagai ada didalamnya
termasukla ion2 positif negatif suma ada
apakah???

tp ....
makan ikan berpada2, jual ikan jgn sekali....

Tuesday, July 21, 2009

kura -kura

kura2 bergerak sangat perlahan. Tapi akhirnya sampai jua ke destinasi....
Biar lambat asal selamat...

Motif????

Mood mandom ketika ini. Kehidupan berjalan dengan bahagianya tanpa hubungan dengan alam siber buat beberape minggu.. Mungkin for future.. So, that's why lah entry2 panas akhirnya hangus dan terpaksa dibuang..... What to do.. Cannot stay maa.. Someone request for duranta.... Yaeh, i think the time has come.. Setiap benda itu hanyalah pinjaman yg sementara. Bukan selamanya.

Yg tak bley blahnye, kak mazlinda kita sanggup tu nak stay up for the last time kat duranta malam ni. Nak memantau i lah tu.. hahahah.... Akhirnya kje yg dirancang tak jalan jua, sekadar berdancepad dan bergosip disamping ke 7e lewat malam... Aiyyaaa.... ape ni lin, kate nak wat manual.. brape board da siap??? huhu...

Begitula kehidupan secara lump sump di bulan ini. Berulang alik ukm- rumah adalah perkara yg memenatkan tapi menyeronokkan ~ tak pcaye??? cubelah!!!

trip~

jap g, jr akan pegi padang. Flight pkl 7pg. diikuti dengan rombongan RA ngan lecturer Sabtu ney. Hohohohoh... Selamat la ye rakan2... Semoga trip kalian lebih baik kali ini ketika berkunjung ke sana..

Tetibe terkenang plak trip mase part1 dulu... f.l.a.s.h.b.a.c.k kembali akan rombongan 5 tahun dulu... Huahaha...

------------------------------------------------------------------------------

Seriously ni pendapat peribadi sy. Sepanjang part1 seingat sy accommodation plg 'mewah' batch saya adalah masa trip sem3 kat Langkawi. Kemewahan la sangat itu adalah ketika rombongan tahun 3 dan tahun 2 ketika itu menyewa apartment kat mane tah.. Okla bagi sy berbanding accommodation2 trip yg lain...

Nak tau kenapa sy berkata begitu???

Haha...
Trip masa part1 memang mengajar sy tentang erti kehidupan. Mcmana nak hidup, nak berjimat dan nak bershoping... lalalalala~

Sem 1 - pee dee~ dok sewa hostel... huaaaa... lagi best melepak di pinggiran pantai menunggu suboh hari sambil menjaga shelter yg under construction..

sem 2 - melaka n frim... kami berkhemah buat pertama kali... cabaran kepada 'allergic' hutan ketika itu~

sem 3 - langkawi - sewa apartment for a few days...

sem 4 - padang- hostel-homestay- menumpang....... totally culture shock for a few students

sem 5 - sabah - hostel kat stadium likas, pastu team measured dwg Bongawan sewa bilik kosong kat umah kedai.... :p

sem 6- tak pegi mana2.. site projek hanya kat bangi.. sangat jeles kat jr dan studio 3.5 time tu cz depa pg jb n spore.....

--------------------------------------------------------------------------

itula serba sedikit memori yg dapat diingat.. serius, takdela berangan nak merasa hotel motel bagai... dok menumpang kat hostel pon da teramat 'selesa' da tyme tu.... so, bersyukurla kita dengan apa yg ada....

Masa part2. Mebi kerana team yg sedikit, baru la merasa dok hotel.... haha.. kesian kn??

Sem 7 - Kedah n penang- Wat urban study and stay kat hostel 1/2 bintang

Sem 8 - Macau n HK - wah.. time ni mmg terasa kaya especially kat Macau. First time archi study trip dok Hotel 4/5 star.. banyak duettt..... :p

Sem 9 - Tak kemana2. Cz site design tesis kat Gombak jer...

Sem 10 - Spore- folo trip lecturers, reseachers and jr - Dok kat umah aunty Guan...

------------------------------------------------------------------------

Insyaallah - next August i'll be going to Spore again.... JB n Spore... weeeeeeeeeeeeeeeee.... mari membuang duet........

to my jr, take care okeh.. enjoy!!!

Saturday, July 11, 2009

so far....

hari2 orientasi ( ceh,, padahal sehari setengah je~)

malam tadi: Guess Who???: 4 bintang (xtvt suka2, mengarut sepanjang masa sambil memperkena sesiapa sahaja)

Awal pagi: Misi CSI. Menyelesaikan kes: 2 bintang ( xtvt berupa penyampaian cerita agak kurang jelas difahami disamping kebegedilan sesetengah pihak)

Tengahari: Maskot: 3 bintang ( xtvt mereka bentuk maskot yg seakan2 bertukar ke pakaian beragam bagi kumpulan saya :p)

Sekarang: Makan tengahari di Astria : 3 bintang (walaupun tak dapat join tp idea makan bersama kat luar adalah sesuatu yg baru. Sesuai dengan bilangan kita yg kecil disamping memperkenalkan port2 tempat makan yg terdapat di daerah bangi)

Petang nanti: tak ingat, tp nampak macam ada belon air akan dipergunakan. Kita tunggu dan lihat...

Friday, July 10, 2009

orientation nite???

just a short update...

meeting with supervisor: cancel - monday oke?monday
duranta: where is the key????? i need it!!! haiyooo...
still need to wait until 6p.m. For a programme until late night...

Suspens???
Just wait and see......

Break the ice !!!
Hope ice breaking...
Not ice melting......

Monday, July 6, 2009

niu semester~

ok2.. sekarang sedang bergelap.. haha kerna apa? kerana sedang bersembunyi dari insan2 yg tak sepatutnya menyedari kewujudan sya sekarang ini. OKla... back to the niu story...

OFKos la kan.. setiap yg berakhir akan ditamatkan dengan sesuatu yg baru... sESI 2009/2009 telah tamat... Now.. The niu sem begin..

Status: Tidak mendaftar (Motif??)
Penginapan: Duranta ( halal.. kah?)
assignment: Kne sabmit jumaat ( OMG.. nAK buat manualkah???)
lecturer: so far so less (Less is more kah?)
Freshie: Okla.. no comment~ (Less is bore)
Rakan taulan: Maseh seperti sem lepas (yeah!!! i like uols)
studio: same~ ( takde lg roboh2 partiton wt mase ney~)
Hutang: RM0.0, weee~ ( tp ada denda rm15 kt UKP...cesss!)
Target: design and disert A ( mid ogos ok... O.G.O.S !!!)
Mood: Ceria :) (Gembira bertemu dengan semua rakan taulan dan xtvt bersama sangat dinantikan)


OKla.. tu je nak cerite.. pasal beratur berejam kat canselori, meeting, jmpe supervisor, cari rumah dan lelain adalah berlalu seperti biasa... tiada apa yg menarik pon.. nite~

Tuesday, June 30, 2009

Julai already huh??

Alamak…. Da 1 julai… aiyooo.. Yenna????

To my dearest jr. – Cik Fara-d.. Happy belated birthday - 30june'09!!!!

yg kanan tu la gambo bday girl...

Cik farah, semoga anda panjang umo, murah rezeki, & bergembira serta berjaya dalam setiap perkara yg dilakukan. Sori tak dapat membuat kejutan di ukm semalam. Asalnya nak pegi, tp apakan daya… kita hanya mampu merancang tp tuhan yg menentukan…

Kalo da balik rumah tu, paham2 jela... tanggungjawab berpikul2 ditambah pula dengan kuasa pc lama dan dial-up internet yg macam siput…




Keyla my friend… CU in nx month.. eh? July ke August??? Tunggu.....

OK2.. mak da panggey… chiauu!!!!


-------------------------------------------------------------
Eh...lupe...mari ramai2 pg Archidex ahad ney kat klcc... Jom2!!!

Friday, June 26, 2009

last nite~

yea..yea....
tonight is d last night...
Of what????
Sem3....
meaning....
Staying at d studio....

Ohoooo...
Maseh bermalas2
Tak terbayang xtvt yg ada d rumah
Of kos la makan, tdo dan tv itu adalah agenda utama
Tp seyesly da penat berhadapan dengan itu sume
Ceh, macamla kat studio tak buat benda2 tu sume

Adoi...
Mmg penatla bermalas2an
Igt berajin-rajinan sahaje ke yg penat2?
Hidup bermalas-malasan juga sangat penat oke?

Oh...
Da puas mengeluh..
Mau mengemas pulak sambil melayan sisa2 muvie yg tinggal..
Disamping flash back kenangan silam kat duranta ney~

hoho....
Pasni pasti merindui hidup disini
ya..ya....(da mule dah...)
Sense of belonging~

kerna
selepas ni...
tatau masa depan duranta ni lagi...
ahaks!!!

hangpa suma tatau??
mebi 5th year n 6 th year will be homeless..eh, bukan...studioless
haha...
tidakkkk.....
tunggu jela nxsem
tatau cerite itu benar atau tidak
ataupun mungkin sekadar omongan kosong..

by d way...
story2 bbq, williams, o xtvt2 minggu2 terakhir kat sini akan diapdate later~
takde mood la nak berblog lately ney...

keyla...
sebelum mengundur diri, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pihak yg terlibat sepanjang kehidupan sy di sekolah ney~ especially kt penghuni duranta yg setia menemani for a few months lately ney mahupun secara rasmi atau tidak...Salah dan silap harap dimaafin ya.... halalkan segala makan minum... apa2 yg terlebih, terkurang, termarah, teremo, ter.. ter... tu harap dimaafkan ye... thanks for the sweetest and cutest moments that we had together... waaa... sangat bermakna... seperti mempunyai adek2 perempuan. hahah..

tHANKS FOr everytHIng !!!


for those yg nak grad tu.... Congrats ya.. Insyaallah sy akan memeriahkan hari graduasi anda semua.. Goodluck for your success!!! Buatla apa yg terbaik yg anda rasa... Sy sokong dari belakang... Yeah, kita yg tentukan apa yg terbaik dalam hidup kita kn?? So, u decide oke...

Take care~
Mmmmmuahhhh ^__*

Wednesday, June 24, 2009

disert

Setelah hampir 6 bulan belajar tanpa hasil, hari ni ada kecuakan sedikit tp macam tak memberi apa2 kesan. Bermula dengan satu mesej yg membuatkan diri ini tak keruan. Adoilaaaa... sinar keinsafan kelihatan~

Disert itu bosan (kawan sy cakap). Bg saye, disert itu tekanan. Secara jujurnya, sy lebih rela membuat satu projek design daripada mengayat pjg2 ney. Yela, design is about creativity and idea but disert is literature and translation (aiyooo, dahla x bley goreng : Fakta bukan auta~).



Yeah... i hate reading especially 'fact no figure'.
Nak tak nak kne buat jugak~



What ever pon, janji2 manis sememangnya masin, pahit dan tawar. Tak berkesudahan malah meleret-leret....

Monday, June 22, 2009

spam

Aiyooo...skg ni takde mood nak update cerite2 yg berlaku di sekitar, Siyes tak kose da cz ader byk gamba2 kne edit sblm publish. Maka... lately ney sy hanya mau kongsi email2 n article yg sy dapat or bace. Jemput baca... Tanak, sudey....

Ohoooo...sblm terlupe, mau dedicate video ni utk mangse2 acai berry.. Ciss kek.. seyes membencikan betul la.... Dlu setakat kacau ym je. Skg ni spam da menular ke fbook... Sape blh tolong keluarkan sy dari spam bengong ni??? Da tukar password tp tak berkesan juge...so, How???

t.a.l.k.i.n.g

Related Posts with Thumbnails