Mata. Suatu anugerah tuhan yg amat bernilai. Tanpanya, sudah tentu kita tidak dapat menikmati keindahan bumi ciptaan ilahi. Juga, tidak dapat memblog ataupun membaca blog, erk~
Bincang petang tadi membawakan kisah sepasang mata. Tahukah anda pandangan mata boleh membawa banyak makna? Pada pendapat saya, ianya memang benar. Bukti? Cari sendiri. Kerana apa, bak pepatah org dahulu, dari mata turun ke hati. Bukan pasal isu perasaan ke apa, tapi ia adalah berkenaan tindakan refleks urat saraf dari mata ke hati.
Contohnya adalah tanggapan first impression. Kenapa perlu ada tanggapan mengenai first impression?? Bukankah tanggapan itu adalah datang dari mata? Jika mata tidak melihat, manakan ada tanggapan2 tersebut. Iyelah, mungkin ada juga first impression yg datang dari perbuatan, kata2, tulisan atau sebagainya, tapi kesan yg diberi dari sepasang mata itu adalah sangat dasyat.Jika tidak, manakan ada tanggapan sesetengah pihak mengenai org lain.
Org kate, melalui mata seseorang itu, kita boleh menilai samada pemilik mata tersebut adalah berniat baik ke, jahat ke.. Orang kate lah bukan saye yg kate...
Tak percaya? Cuba tenung mata rakan anda ketika mereka sedang bercakap dengan anda. Apakah sebenarnya niat mereka?? Tettttttttt...
No comments:
Post a Comment