Saturday, January 31, 2009

percutian sem yg terakhir...

hari ini hari sabtu, bersamaan 31 januari 2009...
merupakan hari terakhir dalam bulan ini....
emmm..dah habis 1/12 masa daripada tahun 2009...

aiyaaak.mcmana nih...telah 5 minggu sem bermula. siap mid term break pon da nak abis. tp tiada langsung kerja berfaedah dlm design yg telah dijalankan. yg ada hanyalah satu bulan yg penuh kegembiraan tanpa komitmen dalam apa jua perkara. hari2 dilalui tanpa perlu susah payah melalui liku2 hidup. Hidup normal bagaikan penganggur terhormat.

Seminggu cuti bagaikan tiada apa terjadi. mm.. cube review balik apa yg telah dilakukan pada hari2 cuti tersebut.

SABTU lepas: bgn lewat, shopping kat low yat, pg kenduri kt P.Dlm, jln2 kat pasar malam (review knangan mase kecik dlu2)

AHAD : Pg Mydin USJ buat ptama kali (sungguh kasihan bukan?) Baru teringat akan Giant kat sebelahnya yg dah berzaman tak dikunjung (review lagi kenangan dlu2, pg HKL melawat anak Pak Ha.

ISNIN : Bangun lewat lagi. Pakngah, Maknyah, Along,Kak cik n family datang n tido kat rumah 'baru'.haha. Makan besar (chewah!!, Mcm smbut CNY la plak) Mencuci mata di pasar raya Btg kali bersama mereka mencari pakaian seragam KRS, kadet POLIS, tunas n ..... untuk kanak2 ribena tersebut.

SELASA : Menghantar Sani ke Pudu raya smbil melawat P.Dlm sekali lagi.(mmm..review kenangan lagi)At the same time, along n budak2 semua naik Genting. Arghhh.. so jealous!! padahal cabel car tu 1/2jam je dr umah. Mereka pulang pada petangnya.

RABU : Ke selayang. Pastu membeli belah lagi di Mydin Rawang. Sungguh senang bershoping bukan? Hanya perlu mengambil barang dan memenuhkan bakul dan kemudian org lain yg bayarkan. Oh, indahnya dunia yg sementara.

KHAMIS : Igt nk balik ukm, tp tak jadi. Cik malas datang menyerang 2 hari berturut-turut. Maka berehat secara berleluasa sambil melakukan kerja2 rumah. Acik n Makngah pulang hari ini.

JUMAAT : Cuba mengakses intenet dgn laptop 'baru' milik sementara. FAILED. Byk yg perlu di updatekan. So, esok kne jgk balik ukm!. Petang itu, org menyembur asap pembunuh nyamuk datang dan semua penghuni di lorong kami di arah keluar. So, makcik2 mengambil peluang berbual sesama sendiri. Saya? Dok diam dalam rumah suda... Bukannye encik penyembur tu nk masuk rmh pown.

HARI INI: pulang ke UKM awal pagi. Bas Rapid agak membencikan di depan kotaraya td. Maka, ianya merosakkan mood hingga petang. Petang, keluar membeli belah lagi bg mencantumkan wayar2 yg berserabut tetapi terpaksa menggunakan wang sendiri.

Balik dgn gumbira.. lalalalala........

Maka, begitulah percutian sem sy yg agak menggembirakan. Walaupun tak kemana2, tapi hati happy :) Esok! penyesalan kegiatan cuti yg tak berfaedah ini akan dirasai.. tidak!!!!!!!!

Friday, January 23, 2009

desperate J.A.R.I.N.G

Holideyyyyyyyyyyyyy..yeay..Hampir sume org suda pulang ke kampung halaman.
Namun, masih ada yg tak balik lagi. Mungkin menunggu esok, luse atau hari seterusnya..Seperti sy skg ni..

Wokey, berbalik kepada cerite sebenar. Akibat tidak dapat online ini malam(sepatutnya) kerana tidak lagi berada di studio, fikiran sy menjadi kacau bilau. Kerna? tiada hiburan di bilik. Segala stok cerite di hard disk sudah abis di khatam. Esok- agenda mem burn segala macam bende tak berfaedah di dalam laptop mahupun external akan dijalankan menerusi gadget terbaru adik sy (laptop i sgt out-of-date lah kerana x bley burn dvd, kasihan bukan??) so pity...

Internet cuba di access by using jaring -ukm wireless. aiyoo, da tak free la. Kne daftar pulak dah. Hari ni last day for online registeration. Mmmm.. tengah ber pk. Nak ke TAK nak. pikir lagi..dan lagi...

Kalo nak diikutkan kesenangan, baik daftar je. Masalahnya, kURA-kURA menyatakan bahawa yuran wireless ni akan di masukkan dalam sistem yuran ukm secara online. Tu pasal kne decide awal2. Mybe around rm50/sem (okla for student rate). Tp xtaula. Bukannye betul pon cik si kURA-kURA tu punya informasi.
Kalo lebih rm nanti, naya je.

Dan,keputusan telah dibuat kini. Akibat kedesperatean intenet ini malam, terpaksa jugakla sign up. Sebenarnya bukannya apa, cas yuran tersebut bukanlah suatu masalah besar. Tetapi.. takut akan kedatangan cik malas yg akan mempengaruhi sy utk tidak ke studio mahupun membuat kerja.Kalo bertenet kat studio tu, at least insaflah jugak walaupun tak byk setelah melihat kak z bertungkus lumus menyiapkan kerja. Pergh!! fokus tu kak z tu.
Insap sekejap..

Keyla, alang2 da daftar ni, gunakan sepenuhnya intenet yg ada secara optimum. Jangan disia-siakan peluang yg ada.. heheh (pk nak kumpul harta)..

Sebelum terlupa, selamat bercuti ye kepada semua rakan2. Igt! jangan main mercun/ bakar bunge api. Membazir je. Baik anda semua derma kat bumi palestin tu.

Thursday, January 22, 2009

sebelum subuh

5.30 am??? What??

aiyooooooo, suda tetito la malam td dengan bahagianya. T.I.R.E.D. Tu je la perkataan yg boleh digambarkan tgh malam td. Nak balik awal rase tak smpi hati pulak melihat adik2 yg masih bertungkus lumus di studio ni.

Asalnya hanya mahu rehat sebentar. Tapi terlajak la pulak. Sedar2 je, sunyi je studio (Mane plak budak2 ni?)

Setelah diri berada di dalam keadaaan lebih waras, baru le perasan yg hanya sy dan farah saje yg tinggal. Iman n yin cnfirm da pulang. Jiran2 kat studio sebelah pon tak nampak dah. Pukul brape la mereka semua balik td agaknye?? (berfikir sekejap smbil mata memandang skrin komputer yg tak tutup2 dari kelmarin)

persoalan yg tak terjawab tu hanya di pendamkan saja dalam hati. Takpe, hidup mesti diteruskan!!Maka, mulakan hari anda dgn ceria.........................

Azan subuh suda kedengaran dari zaaba. Maka, jom solat!!

B.La.c.K.o.U.t

haha..setiap hari mestilah hidup dengan bergembira.

ari2 kan da cakap pasal blackout 'air' kat za'aba. Malam tadi, betul2 blackout. ha, padan muka. Cakap lagi. Mulut awak tu kan masin. Kan dah kne (pegi amik masking tape skg!)

Satu kolej blackout selama beberapa minit. Nasib baik segala urusan wajib telah selesai. Takdela susah payah sgt. Kalo masih blackout jugak, tdolah jawabnye.. mata pon da ngantuk akibat jadual waktu hidup telah lari, tu pasal tak blh derma darah tadi, (alasan).

Oleh kerana pihak TNB dan technician menjalankan tugas mereka dengan cepat, pantas dan betul, maka..elektrik telah kembali semula setelah 15 minit menunggu. Tapi, dia main2 plak. (main2 ye ; nada lecturer crit) Aderla satu minit je ada elektrik. Tapi selepas tu, blackout balik. ceh! sungguh mengada-ngada.

Oleh yang demikian, saya membuat keputusan untuk terus ke studio. Pasti elektrik ada kat sane (dengan nada confidentnye). Intan meng escot sy memandangkan dia mau mencari maklumat berfaedah di studio dengan keadaan lebih terjamin.

Oh, hari ni 1st year 24 jam lagilah.. bagus!!

mmm... tapi takde perasaan mau lepak disana. Baik lepak di studio sendiri. Bak kate pepatah : Hujan emas di studio orang, hujan batu, di studio sendiri, maka, lebih baik studio sendiri. (Apakah???)

Okey, selesai sudah sesi mengarut malam ini. Kita sambung buat kerja okkay? Nanti elektrik tetibe takde, susah pulak.. ish..ish..ish...

bankrup

aiyoo, pasni dah tak blh stay kat master dah (huaaaa..)

Aidarkitek sudah mengalami kerugian ekoran kegawatan ekonomi yg melanda dunia. Maka, salah satu cawangannya terpaksa di tutup. Cawangan yg di maksudkan adalah di BS1. Maka, dengan ini secara rasminya sy mengumumkan bahawa (ehem..ehem) : Mulai sekarang, segala kegiatan termasuklah sesi mengkritik design, temujanji, discussion, mentenet, bergosip, solat, memasak (oh, tidak!) dan yg sewaktu dengannye akan dijalankan di Main HQnya. Maka, sesiapa yg ingin berurusan, silalah buat temujanji anda melalui ym dulu sebelum berkunjung ke bangunan part2 ye.

Sebelum terlupa, branch master itu akan menjadi tempat student PHD dari negara mana ntah. Maka, kepada penghuni baru, nasihat saya, jagalah tempat tersebut baik2 ye. Kalau ader mase lapang, akan saya kunjungi anda semua disane. So, jangan rindukan saye.huhu... student Sudan tu cakap cam2 mase tgh packing td (tak tipu lar) terasa terharu betul (bajet glamer, haha)

So, petang tadi sibuk mengangkat barang-barang dari master ke part2 building secara pukal dan bertrip2 (sungguh penat) Sebelum itu, masa di habiskan dgn bersiar2 di tasik kejut dengan si ranjeet ( Ceh! berani ko tinggalkan aku setelah pakwe dtg ye) Ape2 la ranjeet, janji ko bahagia.

On the way berjalan ke pedestrian walkway, sy berjumpa rakan skb iaitu Shahrul Izwan merangkap gelaran apek suatu ketika dulu. Dia menyambung master jugak kat ukm ni. Wah, tak lama lg, bergelar saintis la die nanti. Kepada rakan2 yg lain juga, berjuanglah!! Sy tahu anda juga tidak kurang hebatnye.

Lepas ranjeeta lenyap dari pandangan bersama 'senior'nya itu, terjumpa pulak dengan A'ai di parking kereta. Sblm tu kelihatan prof zuhairuse dan bambee nya yg da lame xjmpe di sekitar tempat kejadian (baru abis kelas ngan 4th year rasenye...)

Dengan Aai sambung bergosip lagi pasal kerjaya dan masa depan (Oh, sungguh educated bunyinya)... Berborakla kami di pinggiran jalan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. (Padahal ader je proper seat kat situ, tp nak jugak ddk atas 'curb')Borak punya borak, sedar2 da azan magrib da. Astagfirullahal azim. Da magrib rupenye. Maka..masing2 pulang membawa diri.

Sampai kat zaaba, kehidupan diteruskan macam biasa. Setelah menunaikan tuntutan kepada-Nya, tiba2....

B.L.a.C.K.O.u.t!!!

Wednesday, January 21, 2009

stay lagi

hihi. harini dapat stay kat studio HQ plak. Takde dah menumpang studio orang. Bukan di atas dasar request 24 hours secara formal dari kj, tp di atas sikap selamba kura2 je dok kat studio ni tanpa mau pulang2. haha..berjaya. rasenye staf a.k.a pengunci grill di bawah tak akan dtg da melawat studio ni. Mereka takut kot. Bagus!!boleh stay beramai2..

Ahli yg terlibat dalam gerakan malam ini adalah kakz, farah, adian, hafiz, zaid dan fadil. Mulanya bdk2 4th year igt kami request 24 hours secara bertulis, tp tidak. Dengan rela hati, mereka pon join secara haram.

Skg baru lepas layan cerite a.P.o.c.A.L.y.P.t.O yg A'ai beri petang tadi. Die suro komen. Baginye cerita ini menyebabkannya mahu muntah. Tp, bg saye..mmm.. thrill.. cerita ini berkisarkan kehidupan org asli ntah dari zon mane yg survive dan mahu hidup yg baru setelah puak mereka dimusnahkan. Berbagai2 elemen suspens terdapat dalam cerite ini. Siap main potong2 kepala orang lagi. Maka, cerita ini boleh dikategorikan sebagai 18SG. So, kepada sesiapa yg x takut akan filem perang, pembunuhan, kematian, dan yg sewaktunya, saye rakemenkan anda tengok. Tengok, jgn tak tgk. Skg ni rasenye si Hafiz pon tgh layan cerite tu kat studio sebelah. sesiapa yg berminat, boleh datang copy cerite ni ye skg. (Boleh copy ke cd ori???)

Okkayla, mau buat kerja. Dahla semalam 99% masa stay up memang di bazirkan secara pukal di studio part1. Maka, malam ini (malam ke? bukan da pagi ke) saya berazam mahu buat kerja. selamat.............

Tuesday, January 20, 2009

nite at jr. S.t.U.D.i.O

Hari ini tak bersemangat dalam membuat sebarang kerja. Pagi td main supervisor msj tp sy bace lewat tengahari. Semalam pula sub supervisor mesej menanyakan perkhabaran design thesis yg da lame tak dgr cerite tu (Oh, susah sungguh kalo pemes nih, haha). Nasib baik coordinator tak bertanyakan khabar juga. kalo tak, wassalam.

Apelagi, perasaan takut ntah ape2 datang tibe2. Rosak program hari ni. Pegi ke studio lepas zohor setelah membazir masa kat zaaba. Sampai studio, takde sape2 (ni mesti dorg pg lunch ni) ye, mmg benar. kak shaz n kak z keluar mencari rezeki. Maka, menu hari ni terpakselah M.A.G.G.I. Kemudian, pabila mereka kembali, isu-isu semasa dan juga isu2 silam telah dibentangkan oleh en. Guan selaku cikgu sejarah kite hari ni. Dengar je la ceramah beliau. Siap rekod lagi. Maka, sesape yg nak tau pasal sejarah China, CNY, culture dan sebagainya, bolehla tanye kepada cikgu kite tu.

Hari ni macam malas nak balik awal. Tetapi, masa tidak dihabiskan kat HQ, sebaliknya melawat cawangan2 master dan part1. Takde sape pon kat sane. Inilah akibat kalo kat bilik pon ader intenet. Sume da tak mau lepak kat studio. Oh, sungguh bosan. Tiada suda suasana studio yg sebenar (miss part1 studio memory dlu..uuuu )

Nasib baik selepas magrib tak terus balik. Saje menjengah first year pulak. Owh, today mereka request 24 hours. Makanya, bolehla menjoin dorg. mmm..lame dah tak stay-up2 kat studio ni. Apelagi, layan...........

Setakat ni kje memang tak jalan lg. Masih berpoya-poya dengan intenet yg berleluasa. Dan, hari ini berazam mau stay smpai subuh. insyaallah..

Monday, January 19, 2009

girls..watchout!!

kepada kaum hawa terutamanya di luar sana, berhati2lah dengan persekitaran anda.

Ikuti email yg saya dapat ni:-

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA
Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..

Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya !!!

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.

" AMARAN DARI PIHAK POLIS BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA -- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )

Sedarlah semua! Tolong sebar2kan&.. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita..

Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita,
teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Thank you & Wassalam

Syed Mohd Fakhrin
Northern Regional Office
MalaysiaComunication & Multimedia Commision
Tel: +604 3238228Fax: +604 3239448

so, readers sekalian, berhati2 lah dimana saja anda berada.. SEMOGA SELAMAT......

aloha..

testing testing 123..

haha..akibat kecewa dengan pembawakan wordpress, blogspot di explore hari ini..

so, guys!! tunggu...............

penyebab beralih angin

Hari ni dtg ke studio lewat pagi. kerana tiada semangat nak masak, maka, layan cerite. Pastu tetibe mendapat ym kak z akan berite kat studio. ha? they all da tau ada rice cooker kat studio. so? (malas nak layan) lantakla korang.

Sampai saje di studio, terdapat 2 makhluk 4th year sesat yg pg Ajl malam tadi. Mereka sdg mempermainkan kak shaz akan kedatangan En Ismar. haha..sian kak shaz. berdebar je die. Habis zirafah2 atas meja dipermain-mainkan oleh zaid. Yg si Hafiz tu pulak tak habis2 bercerite ttg Rakan2 'mak' yg die jmpe kat ajl.. Lantakla nyah, mak da tak kuase nak layan story2 u tu..

Kembali kepada isu asal, kenape la wordpress ni tak blh custom css secara free?? ini tak adil. baru je nak meng edit2 pages n upload macam2 benda. tp tak blh.. nak suro bayar? takpela.. baik duit tu didermakan utk badan2 kebajikan ataupun bagi kat penduduk israel tu, lagi bagus.

Asalnya nak mengupload chat box kat side bar akibat terpengaruh dgn blog baru kak maz (elelele). pastu cube la ikut procedure benda tu..lastly, bila nak paste tak boleh pulak..takde tempat nak paste kat wordpress. Ntah ape2 tah. Kne bayar la plak. Ni yg rase nak tukar channel lain ni. Takmo da active kat wordpress ni. Tengokla nanti...(niat berpaling tadah)

maka, hari ini berakhir dengan kecewa. Balik ke bilik dengan harapan mau menyambung kje design. H.O.P.E.F.U.L.L.Y....

Rice cooker

Akibat penahan dari PS, skg ni addicted to buy electric stuff plak..(haha, budget duit jatuh dari langit) Semalam seharian lepak dibilik sementara rumate pg bergumbira kat genting. Menghabiskan stok movie 15 gig dlm hardisk dan kemudian mem browse segala pamphlet dalam web..memang takde kje.. (dok membedek barang2 menarik dengan promosi istimewa)

Dengan ketidaksabaran memiliki segala peralatan tersebut, trus tergesa pegi ke BBB.. Mane kedai yg ader sume sy masuk (oh, tipu).. sikit je kedai yg dimasuki…hanya pasaraya2 besar je (yg lain tak pandang pon) ceh, ayat belagak ( sebenarnya tidak mahu terpedaya dgn tawaran2 tersebut.

Alamak, duit rm tertinggal dalam beg laptop la..terpakse datang plak lagi esok hari ..huhu ( sambil mencapai beberapa barangan yg memenuhkan bakul dgn hanya berbekalkan duit yg ade). Kalo tak, confirm kne gne troli pnye. Alamatnye, tak dapatla merasmikan brgn tersebut semalam.

So, pagi tadi, dengan penuh semangat, telah ke Warta untuk menuntut janji semalam pada diri sendiri (kononnya takut kempunan) haha.. Berjaya. YES! Setelah memborong segala barang yg diperlukan, terpaksa jugak ke money changer. Tukar jela dolar balance pg spore ari2. burn ratusan dolar tersebut (owh, sudah jatuh miskin). Baru igt nak simpan wat pekasam utk trip2 kemudian hari.

Sampai sahaja di studio, misi bermula. Cuak beb. So, terpaksa mengunci grill dari bawah (sorila ye farah, laen kali kasi panggil org atas kuat sikit, kalo tak blh join). Setelah separuh kerja disudahkan, sinfui n jeeta datang. Tp, sin fui tak dpt join cz mak die da panggil pulang. Kemudian, kak z pon tibe. Apelagi.. pesta makanan bermula..kenyang smpai petang. Sampai lupe janji dgn school mate yg dah lame tak jmpe. Pegi je FSSK, die da nak pulang ( lain kali kite jmpe ye ainna)

Malam, sekali lagi menghabiskan stok2 yg ada oleh org2 yg sama. Ader lagi balance nasi utk hari esok. For Ainul, sori tak inform awal2. ni tindakan mengejut. Lain kali kita berpesta sama2 ye.

Sekian buat malam ini.

Ikhlas dari;
::: Pemilik rice cooker baru:::

rakan lama

keputusan pilihanraya semalam dah keluar. kakz begitu berbangga sepupunya menang walaupun die silap kertas undi. takpelah, janji menang.

ainul datang ke ukm malam ni. mybe she stay with jeeta tonight dalam perjalanan, terjumpa due di depan kedai adam. borak2 la kejap di tgh jalan. topik macam biasa bila lama tak jumpa :amacam life skg?, kerja. software, kereta baru. masa depan, kawen..bla..bla..bla..

Setelah penat berdiri, kami sambung borak kat pondok cafe zaaba tanpa disertai mat due.(die smbg menunggu zaid -our x-studiomate) Kami berbual panjang hampir pukul 12 tgh mlm. sungguh seronok bukan bertemu rakan2 lama. kalo ramai2 lagi best.

so, bile nak wat re-union lagi???

15 januari 09

sejarah hari ini

6.30am - keluar rumah awal2 pagi mahu pulang ke ukm. abah drop by kat bus stand. sengaja mau men'thrill' kan ini hari takmo naik komuter. adventure naik bas (ye..adventure yg membuang masa) siap boleh tdo tak sedar diri..

2.30 pm - pegi mengundi kat zaaba. cis..berani abang jage peti undi bajet macam bagus. Igt saye tak pernah mengundi ke ha?( marah sekejap). ni dah cukup baikla datang membuang undi setiap tahun selama 5 tahun berturut2. anda pernah???

3.00pm - berjumpa Ar Mastor buat kali ke-3.memang selamba.. first time bawa buku catatan utk mencatit ntah ape2 tah dan juga mp3 bg merekod segala gosip secara senyap. meeting in progress selama sejam lebih sikit. (sikit je..) yong tak join kerna pergi bangunan kenYANG. Cisss...mengelat (jeles tetibe ntah ape2) dapat sedikit input berkenaan masa depan (masa depan??? hahah)

4.50pm - berbincang mengenai masa depan (heh) we'll decided to dropp disertasi subjek. minta bawa ke sem3. yes!!!berjaya...alhamdullillah. just take 8 kredit hours 4 this sem.. hoho..first time merdeka tak boleh blah. (laung merdeka!! 3x) memang heaven in the studio la sem ni. sblm ni tak pernah ambil kurang dari 17 unit setiap sem selama 4 tahun setengah. bayangkan...paling kerap, 20 -23 unit. oh, sungguh sengsara semasa itu..

5.50pm - kembali menginap di studio master setelah sekian lama menghilangkan diri. On d way jmpe cik nurul kite yg mau mengedar-edarkan kadnya.. tahniah!!. Sampai aje kat studio master hanya ada huda n gedix je tgh rajin semacam menyiapkan tugas yg ibunda mereka berikan..haha. Agenda disini: sambung melayari intenet yg tak sudah2. bermain PS, bergosip bersama bdk2 studio, download n copy cerite2 yg memenuhkan 12gb hardisk kom..mmm..memang bergumbira.

8.45pm - pg village view bersame huda n gedix. mereka kelaparan. lupe mau beritahu, hari ini besday huda. makan2 a.k.a celebrate huda's birthday konon2 (celebrate ker?) tragedi jambatan bergoyang yg takde struktur sokongan amat mencemaskan diri. Peringatan kepada para arkitek dan jurutera sekalian: jgn buat jambatan seperti di village view sblh hentian kajang itu. tidak bagus dari segi keselamatan dan OKU. Mmmm..juga tidak mesra pengguna. Malam ini berlagak menjadi org kaye. makan sumer menu barat. ewah.. straw 360" mmg tak boleh blah. (huda n gedix, sila jgn jeles.. haha) sungguh tidak adil dengan membezakan kasta makanan melalui straw.huhu..

di mulut kate: takpe..sekali sekala je berbelanja sakan

dalam hati kate: esok puasa!!!

dalam perut kate: kenyangnye........alhamdulillah.

sekarang.. terus menghapdatekan diri tentang cerite karut puaka niyang rapik yg terlepas ketika keluar makan tadi. tatau mau pulang bile..sampai bosan kot..

terima kasih kerana sudi membuang masa anda membaca entry di atas.sila datang lagi..hehe..

Hypotesis or problem issue ???

Semalam 5th year berjaya menjalankan sesi kelas kedua. Proposal semalam?? Let it go. Mmg tak siap pon. Taktau nak justified the topic..puas dah brainstorm smpai naik pecah dah kepala ni. Mane taknyer..its about 2 weeks doing my work at zaaba, spent my time all day long in my room. Bayangkanlah seorang penghuni studio setia selama 4 tahun setengah tiba2 menjadi seorang kaki bilik dan berlagak seperti pelajar kos lain dan tidak ada kerja...gosh!! B.L.A.C.K.O.U.T (kepala sy)…

B.L.A.C.K.O.U.T bukannye sebab takde elektrik. Tp takde air.. entahla..SYABAS menyatakan bahawa pada 12 &13 jan 09 akan berlaku kegawatan air yg melibatkan seluruh ukm..siap iklan kat e-pelajar lagi selain notis2 berkeliaran di sekitar blok di kolej. Yo’o je sume tu.

Bdk2 kat paras sy sibukla menadah air dalam baldi msg2. owh no! I’ll not do that. (Walaupun bilik sy cumelah sekangkang kera dari toilet) Rase mcm sekolah asrama plak, kne tadah2 air ni.. (please….tak kuasa aku) cukupla penderitaan kat hostel ms sekolah dlu (derita ker??) kalo sure takde air, home sweet home la jawabnya. Tambahan pembaziran masa amat berleluasa skg. So, baik balik rumah.

Tp rasenye..ader je air. Siap blh basuh baju lg. Kesiannya kat student2 yg telah menadah air dlm baldi2 mereka. tp takpelah..kerna air tersebut boleh digunakan untuk kegunaan benda2 berfaedah yg lain.

so, abaikan cerita2 di atas..dusta belaka...

oklah..dah habis melalut isu air la plak. kembali ke topik yg sebenar-benarnya. Agenda berjumpa Ar. Mastor berjaya buat kali ke-2nya.. takutla jugak kerna...proposal mmg tak siap. tp entahlah, lagak selamba semakin berjadi2. dengan mengambil langkah mudah, sy hanya print out je proposal last sem- tentang fire safety in terminal building. (wah..sungguh teknikal tajuk itu..kononnya) tp, sebenarnya mmg tak yakin pon nak go on dgn tajuk itu, kerna.... tidak sesuai dgn jiwa ini (ceh!) dahla mase topikal study 3rd year dulu pon membuat topik berciri teknikal - laluan servis, macam nak sakit jiwa mengayat. ni plak nak continue lg pasal teknikal??? OMG..Cannot.. i'll die to translate sesuatu yg berciri teknikal ke dalam bentuk ayat puitis berbasa basi dalam bm..tidak mungkin..

maka, setelah mendapat pandangan dari supervisor (last sem) n coordinator this sem, dengan ini, sy mengumumkan bahawa saya terpaksa menukar tajuk kepada sesuatu berciri sosial...

Ini kata mereka (setelah di ubah2 mengikut citarasa sendiri

"architecture is related to human and built environment...we build up something for human comfort.. tak payah lah awak susah2 pikir pasal2 teknikal ni...biar engineer pikir. jangan tamak!!sumer kje mau suro architect settle."

( owh, ayat last itu sy tambah2 sendiri bg menyedapkan rase hati, mmg dusta betul)

maka..terpaksalah berfikir isu apakah yg akan dibuat..idea da mmg ade iaitu mau membuat sesuatu yg berkaitan dgn meeting place in terminal..tp mmg topik itu tiada isu..jika takda isu..tak blh nak solve the issue.

Oleh yg demikian, ada yg memberi cadangan sy membuat satu hipotesis berkenaan tempat perjumpaan di terminal..tp hipotesis apakah? tiada langsung terbayang di fikiran apakah hipotesis yg berpotensi di 'create'kan berkenaan ' tempat perjumpaan' itu.. anyone got a better idea??? help meeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...........!!!!

akibat terlalu runsing memerah idea berkenaan topik yg bakal dijadikan tajuk..sy dengan ini mengumumkan mau mendrop subjek disertasi bagi sem ini..short sem baru pk...(kalaulah hidup semudah itu)

tahukah anda apakah perbezaan antara hipotesis atau problem issue dalam membuat penulisan disertasi??

okey, mari sy terangkan sedikit berkenaan latar belakang kedua2 suspek diatas secara umumnya...

Dalam penulisan disertasi, si penulis berkenaan sebenarnya bukan menulis sembarangan perkataan sesedap rasa tanpa arah tuju yg betul. Si penulis hendaklah memahami apa tujuan disertasi yg sebenarnya.. disertasi bertujuan bukan sahaja mau menggalakkan pelajar menulis dengan cara yg betul di kemudian hari (tak kisahlah nak tulis buku ke, artikel ke, journal ke) tp, apa yg penting adalah si penulis dapat menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat disekitanya. maksudnya lebih kurang korang wat research la. pastu di transfer dalam bentuk penulisan dan org lain dapat baca.akibat pembacaan mereka itu, then it can contribute something to other people by your writing. tak kisahla ape si penulis tu merepek dalam disertasinya. knowledge yg pembaca dapat daripada si penulis punya disertasi tu pulak tak semestinya kne idea2 baru yg glamer gitu. blh je wat reference disertasi org lain pastu setakat korang ubah masa, tempat dan teknologi. lebih kurang mcm tu la..

Contohnya, sekiranya anda pernah jumpa artikel yg boleh dijadikan contoh seperti : kebersihan cafeteria kat kolej kediaman di ukm pada tahun 2005 yg lalu. anda boleh je ambil topik ala-ala macam itu. pastu anda boleh je dapat idea dari penulisan tersebut..

Misalnya, tajuk anda boleh berupa ini:

- kebersihan tandas kat kolej kediaman di ukm

ataupun ini:

- kebersihan cafeteria kat hospital di ukm

malahan begini:

kebersihan cafeteria kat kolej kediaman di sekolah....

pensyarah sy ajar, even anda buat tajuk exacly serupe macam contoh diatas pon takpe. Misalannya :

kebersihan cafeteria kat kolej kediaman di ukm. (* peringatan: tajuk ini tidak sesuai dengan pelajar2 senibina. sila cari tajuk lain yg lebih munaserawak okkey?)

Ini kerana, kajian anda dengan contoh disertasi yg telah siap tersebut dijalankan pada waktu yg berbeza. walaupun setiap point sub topik mungkin sama, tapi penemuan (finding) anda seharusnya berbeza dengan contoh disertasi itu. u know u do it in 2009 maaa....mane sama dgn 2005..zaman dah berubah.

tp igt...jgn berani plagiat!!!

kot ye pon nak tiru, agak2 la bai

karang kene saman baru tau....

kalo tak pon,gagal kursus itu

paling kurg pon...emmm...takde ke korg rase malu mendapat degree dengan usaha yg tidak berkat???

fikirkanlah....

jangan pandang pensyarah2 sebelah mata. pandanglah dgn kedua-dua mata anda. mereka tahu mana yg asli dan mana yg plagiat.

okkey..bersambung lg...

setelah anda mendapat ilham akan tajuk yg ingin di kaji, anda haruslah mendapatkan isu-isu yg membuatkan anda dapat menyelesaikan masalah yg ditimbulkan tajuk topik yg anda pilih. Contoh dari tajuk di atas: adakah kafeteria di kolej bersih? keracunan makanan di kalangan pelajar, perbezaan harga dikalangan2 mereka, wabak denggi dan chikungunya daripada cafeteria yg kotor..mengapa perlu kafeteria berkeadaan bersih??? bla..bla..bla..(korg jawabla sendiri ye).pastu..korang tackle la masalah2 tu.so..that's the problem issue.

Tajuk tersebut mungkin mempunyai problem issue... tp jika anda mempunyai tajuk yg seakan2 berbunyi ini : potensi laluan servis di belakang bangunan...maka, ia adalah hipotesis. Ini kerana, anda menganggap bahawa laluan servis mempunyai potensi untuk di'upgradekan'.ttpi ianya bukannya datang dari masalah (problem issue) tetapi dari pemikiran bijak pandai anda,maka..ia adalah hipotesis (lebih kurang anda bagi idea unik tersendiri lar)

begitulah serba sedikit cerita tentang 2 subjek tersebut.. harap anda paham dengan apa yg saya terangkan. kalo tak paham...buat2 paham je la.

back2 my hipotesis yg tak sudah2 tu..jalan yg terbaik bagi menyelesaikan masalah2 ini ialah >>>>>>>yeah!!! home sweet home ~ da! (bertukar view dan site context bg mendapatkan idea yg bernas lg bijak)


motor

ish.. apela punya bijak pemilik kenderaan kat blok E ni..kot ye pon nak parking, jgnla sampai mengganggu lalu lintas public.. dah tertera kat jalan tu line kuning berpangkah, tak paham2 lagi ke line tu bermaksud tak blh letak moto kat situlah!.. akibatnya, pelajar2 lain yg keluar masuk ke blok E terpaksa menyempit2 di celah laluan antara motor2 terbabit. kalo terlanggar ke, patah apa2 ke, jgn salahkan orang ramai ok..salahkan diri sendiri!! kerana anda kurang prihatin dengan persekitaran.

punyelah byk parking moto lain, jalan la skit.. ni nak jugak letak dekat2 asalkan tak memerlukan tenaga yg banyak untuk berjalan masuk blok. kalo blh letak depan pintu bilik msg2, mesti dah sesak dah koridor x proportion zaaba tu..naseb baik tak blh..mentang2 la blok e satu2nya blok yg ader parking motor khas sepanjang depan blok tu..tu pon masih malas lagi.. haih..ape la nak jadik budak2 nih...

akibat marah dengan motor sesangat, motor sy pancit kat area shell ms nak g warta.. ha, padan muka!! tak pasal2 kne servis on the spot (siap ganti tayar n minyak hitam skali) terbangla rm60+.. baru igt duit tu nak byr hutang2 printing jabatan..

maka, terpaksalah menimbunkan lagi hutang printing dan membayar setelah grad nanti kerana tiada lagi extra money bagi sem ini secara cash mahupun di dalam bank.. sume dah abis akibat perbelanjaan yg tak terkawal ms trip kat spore n HK dlu...tunggu lepas kerja nanti baru menabung kembali (alangkaah susahnya mahu mengumpul wang. bukan semudah diberi gaji setiap hari spt dlm Pet Society.. huhu..) nampaknya sem ni terpaksalah berjimat.. yuran final pon blm bayar lagi... aiyaaa..mana mau cari duit secara mudah dan senang?

jadi..belanjalah wang anda sebaik mungkin.. berjimat cermat dalam segala perkara yg dilakukan...

kerna...

membazir itu kerja syaitan....

maka.. jgn jadi kawan syaitan. bersederhanalah dalam semua perkara!!

blogger

hari ni masih free.. proposal disertasi masih di awang-awangan.. asalnya mau submit ptg ni.. akibat semangat satu kapal yg menebal di kalangan studio mate, program hari ni ditangguhkan ke esok (esok?? pkl brape la tu)

what ever, apabila makin drag graf dateline, graf perasaan malas menyiapkan kje pon makin tinggi..maka, hari ini dihabiskan utk mensearch segala bahan yg patut. tp, tak pasal2 tersangkut dengan blog2 yg dtg entah dari mane nih..it's ok la.. layan jap..

blog? apa yg anda tau tentang blog? blogger??what is your intention actualy to write a blog.. for me, tabiat memblog ni sekadar mau meluah perkataan yg tak terluah dr mulut ke bentuk penulisan.. thats it..

ini termasuklah daily life ke, info ke, mengarut ke, or even mau berdakwah. anything we write, just for readers info or fun. so, that is my opinion lar, anybody??

semasa meniliti segala bagai bentuk blog2 di pasaran, sy belajar sesuatu dari itu..nak tau ape? jangan memblog kalo tak nak orang bace, copy, komen dan sebagainya. (thats is what i do).kalo tak, private kan saje post2 tu.

second.. isu kutuk mengutuk dan jeles menjeles sesama blogger lain.. entahla, sy tak pernah la plak expect perkara2 mcm ni kan terjadi (kalo bergosip perihal warga jabatan pernah lah kot).. anyway, sy berpegang kpd ssuatu prinsip : what u give, u get back! tuhan nampak apa yg kita lakukan. jd, berwaspadalah dalam setiap perkataan2 anda..(walaupun kdg2 penulisan sy mmg takde insuran)

lg 1 isu plagiat ni..setahu sy, dalam penulisan berdaftar or berpaten spt disertasi or journal mmg diambil serius.. silap2 blh masuk mahkamah. tp, apa pendapat anda kalo plagiat dalam blog?? blh dapat untung ke?? entahla, sy tatau apa2 tentang itu.. sy pon pernah copy n paste jugak, namun ianya sekadar post utk kite share sama2. mana yg baik dijadikan tauladan, yg buruk jadikan sempadan bersama (takde la plak smpai terniat di hati mau merasakan diri ni sebagai blogger yg hebat..hebat ker??)

tetibe, rase perasaan takut memblog datang secara tiba-tiba (tp sekejap je la) tak takut pon... (nada biasa kat studio) yelah, nak takut apa plak, bkn sy buat salah pun..berani kerana benar..

so, itulah cerite ttg blogger. i'm still new in to it. so, correct me if i'm wrong. lastly from me, berani tulis.. berani tanggung...haha

hari yg tak berfaedah

kelmarin...ketagihan mengumpul harta dalam PS melanda.... so, tak sempat menulis blog. pagi2 pegi studio..miss nasi lemak kat cafe...makan smbil tgk cerite mirror..wah..cerite itu mmg suspen...

semalam.. at zaaba all day long. just singgah studio ambil brg pastu pg bilik kaca bli board...kemudian singgah di cafe dan berjumpalah dengan jr.2 yg lame tak nampak..hoho..just giving them some advice about to enter part2 or not... so, u decide it. dont ever affected with my advice..

pastu balik bilik n smbg tabiat membuang mase dgn ranjeeta and then adzlin..malam plak, intan dtg crit design. wah... byk betul pengunjung bilik hari ni.. tak pernah2 sebz mcm nih (kat bilik la). mcm tak percaya je.. mesti siti a.k.a rumate kat zaaba merasa tension dengan lawatan2 muhibah ni kan? sorila ye.

hari ni..kerja masih tidak berjalan... menghabiskan segala stok movie dalam hard drive even cerite kartun pon, layan..heh.. habis pon.. esok collect cerite br dr kwn2 lg. hehe..(mmm...mmg tiada keinsafan lagi). setelah semua cerite tu di'khatam'kan, pg cafe jmpe jr. makan la skali dgn mereka di kedai mak datin..haha..sape tau kedai manakah itu? borak2 jap pasal topikal study..pastu bersurai...

hari ni ader lagi org yg membuat kunjungan muhibah kat bilik..wa.. terasa seperti bilik terbuka plak di tahun baru ni.. intan datang utk crit kejap, anjeli datang menumpang makan, mazlinda plak datang bawa kawan n cupcakes (bisnes semakin maju skg) ...meriah la kejap bilik ni..

malam..mmm..mmg tertekan kerana tak blh nak start kje..try concentrate dgn pasang earphone kuat2 (konon2 fokus). alhamdulillah bjaye. tp kejap je..atleast..bermanfaatla jgk dari hari2 semalam...

ni da ngantuk.. mau tdo..esok akan bersemangat baru membuat kje2!!!

~ nite ~

peringatan !!!

boikoi barangan ISRAEL & Amerika!!! Jgn pg McD or kfc dah...laksanakan tugas sebagai seorang muslim!

Boikot barangan Yahudi!


Syeikh al-Azhar, Mufti Mesir, Mufti Pakistan, Mufti Arab Saudi, Persatuan Ulama Pakistan, Dr Yusof al-Qaradhawi, dan majoriti ulama’ dari seluruh dunia memfatwakan wajib bagi seluruh umat Islam memboikot barangan Israel, menjalinkan hubungan dagang dengan mereka, dan juga memberikan apa-apa bekalan kepada mereka. Fatwa ini dikeluarkan setelah mengambil kira kekejaman yang telah mereka lakukan terhadap umat Islam. Para ulama’ ini juga telah menyeru agar kita semua memboikot barangan Amerika yang merupakan sekutu utama yang sering menyalurkan bantuan kepada Israel terutamanya dalam aspek persenjataan.

Dr Yusuf al-Qaradhawi telah mengatakan, “Satu riyal (ringgit) yang digunakan untuk membeli barangan Amerika adalah bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin.”

Alhamdulillah, seronok sikit bila mendengar berita bahawa Kerajaan Mesir telah membenarkan kenderaan bantuan memasuki Gaza. Bantuan terawal yang tiba dari Qatar, sebuah negara yang teramat prihatin tentang Palestin dan Libya telah dibenarkan memasuki Gaza. Sekurang-kurangnya ada bantuan kemanusiaan dapat sampai ke kawasan yang memerlukan bantuan.

Bagi kita yang berada jauh dan tidak dapat turut sama membantu janganlah gusar, ada caranya yang boleh kita lakukan bersama-sama untuk melemahkan orang-orang Yahudi. Sama-samalah kita memboikot barangan yang dikeluarkan oleh syarikat Yahudi dan segala entitinya.

Semenjak awal tahun 2000 ulama sedunia telah memutuskan bahawa umat Islam mesti memboikot barangan keluaran Yahudi dan US, dan membeli barangan keluaran negara-negara Islam. Beserta dengan itu pelbagai jenama barangan Yahudi telah dikeluarkan sebagai panduan kita, namun kita dapati ramai orang Islam yang tidak mampu mengelakkan barangan tersebut. Almaklumlah dah terlekat di fikiran, kerana setiap hari terpapar dalam iklan di TV. Jadi bagaimana untuk mempraktikkannya?

Sekiranya setiap umat Islam mengambil berat tentang hal ini,orang Yahudi akan lemah,segala punca bantuan kewangan kepada mereka akan berkurangan. Ditambah lagi dengan kegawatan ekonomi hari ini, biarlah mereka terus jatuh dengan kejatuhan ekonomi mereka.

Malangnya umat Islam seolah-olah tidak mampu meninggalkan produk-produk ciptaan Yahudi tersebut, apa taknya "INTEL" saja berapa banyak dikeluarkan, intel pentium,intel celeron dll, nak buat macammana? Kita dah terbeli, baru tahu bahawa ia adalah antara barangan keluaran Yahudi. Tu belum masuk lagi bab telefon bimbit,pelbagai versi NOKIA dan itulah yang paling laris didunia, seolah-olah semua telefon bimbit mesti NOKIA. Kegunaan utama manusia zaman ini dikeluarkan oleh Syarikat-syarikat Yahudi dan kita pula menyokongnya kerana tidak tahu.

Itu belum masuk bab perbankan, yang mana sistem ekonomi didunia ini dikuasai oleh mereka. Seluruh dunia berurusan dengan bank-bank milik mereka dengan keuntungan yang berlipatganda. Sekiranya umat Islam mengambilberat dan meyakini sistem perbankan Islam yang telah wujud, mereka tidak akan mampu menyaingi umat Islam. Semua pekara ini tidak akan berlaku sekiranya kita tidak memulakannya.

Bersempena dengan tahun baru ini,pahatkan dalam diri bahawa kita ingin mencari kebaikan dan ingin menunjukkan keprihatinan kita kepada umat Islam di Palestin dengan cara memboikot barangan keluaran Yahudi.

Sebenarnya cara memboikot barangan Yahudi ini memerlukan penelitian dan ketegasan kita, KATAKAN TIDAK KEPADA BARANGAN KELUARAN YAHUDI. Seterusnya kita mengambil tindakan untuk melaksanakannya terutama para surirumah, sekiranya kita boleh mengawal perbelanjaan asas rumah kepada barangan keluaran umat Islam, kita bukan saja menolong sesama Islam, malah kita mampu menyajikan makanan yang suci dan halal kepada keluarga kita,tambahan lagi harganya yang lebih murah berbanding barangan yang diiklankan dalam TV.

Perbaiki cara hidup yang suka mengunjungi kedai makanan segera yang difranchiskan oleh orang-orang Yahudi seperti KENTUCKY FRIED CHICKEN,MC DONALD, PIZZA HUT, STARBUCK, KENNY ROGERS dan sebagainya dengan menyediakan dari rumah, atau memilih kedai yang tidak melibatkan Yahudi. Inilah peranan kita, ambil masa untuk menerangkan kepada anak-anak kita agar mereka faham tujuan kita, biarlah mereka turut sama bersimpati.

Itu belum masuk bab barangan kebersihan diri termasuk sabun, syampoo, ubat gigi dll pelbagai barangan keluaran Yahudi mendapat tempat no.1 dalam barangan pilihan kita,sedangkan terdapat pelbagai barangan keluaran Islam dipasaran tetapi kita tidak yakin untuk menggunakannya. Sekiranya semua surirumah Islam mengambil berat tentang hal ini,kita telah membantu umat Islam lain dan menyelamatkan umat Islam di Palestin.

Sebenarnya iklan yang dipaparkan sehari-hari menyebabkan kita terasa mesti membeli barangan tersebut, sedangkan sekiranya kita membaca buku keluaran CAP, Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengenai barangan yang mengandungi unsur haram, barangan yang boleh menyebabkan kanser semuanya terdapat dalam barangan keluaran Yahudi. Juga hindarilah dari berbelanja di kedai-kedai Yahudi (CARREFOUR, TESCO DLL) pada pada hari Sabtu, kerana sebanyak 5% akan disumbangkan kepada Israel.

Sebenarnya untuk mempraktikkannya amat susah dan meletihkan, tapi sepanjang lebih 7 tahun mempraktikkannya saya dapati perbelanjaan isirumah dapat dikurangkan kerana harga barangan keluaran Islam lebih murah, bersih dan suci. Dalam masa yang sama kita dapat membantu sesama Islam, menjaga kesihatan keluarga dan melumpuhkan sistem ekonomi mereka. Fahamilah bahawa orang Yahudi amat pentingkan ekonomi sebagaimana yang diceritakan dalam Al-Quran, mereka sanggup berhelah demi mendapat apa yang mereka hajati sebagaimana yang dijelaskan tentang kisah orang Yahudi menangkap ikan pada Hari Sabtu.

Ingatlah, cuma ekonomi sajalah jalan untuk melumpuhkan orang-orang Yahudi...mulakan dari sekarang, INSYA ALLAH BOLEH!!!


COMPANIES TO BOYCOTT

* AOL Time Warner
Time Life magazine, CNN, ICQ

* Apax Partners
Jonny Rockets, Sunglass Hut.
* Arsenal Football Club
* Coca-Cola
Fruitopia, Fanta, Kia Orange, Lilt, Sprite, Sunkist..

* Caterpillar

* Danone
HP foods, Evian, Volvic, Jacob

* Delta Galil
Hema, Barbie, Carrefour, Auchan, Tchibo, Victoria's Secret, GAP, Banana Republic, Structure, J-Crew, JC Penny, Pryca, Lindex, DIM, DKNY, Ralph Lauren, Playtex, cK, Hugo Boss, M&S

* Disney

* Emblaze

* Estée Lauder
Aramis, Clinique, DKNY, Prescriptives, Origins, MAC, La Mer, Bobbi Brown, Tommy Hilfiger, Jane, Donna Karan, Aveda, Stila, Jo Malone, Bumble & Bumble, Kate Spade

* Home Depot
Villager's Hardware, Georgia Lighting, Apex Supply, EXPO Design Centres

* IBM

* Intel

* Johnson & Johnson

* Kimberly-Clark
Kleenex, Kotex, Huggies, Andrex

* Lewis Trust Group
River Island, Isrotel hotels, Britannia Pacific

* The Limited Inc
Express stores, Lerner New York, Structure, New York & Company, Mast Industries, Intimate Brands, Victoria's Secret, Bath & Body Works, White Barn Candle Company, Henri Bendel

* L'Oreal
Giorgio Armani, Redken 5th Avenue, Lancome Paris, Vichy, Cacharel, La Roche-Posay, Garnier, Biotherm, Helena Rubinstein, Maybelline, Ralph Lauren, Carson

* Marks & Spencer
M&S, St.Michaels

* McDonald's
* Motorola

* Nestle
Nescafé, Perrier, Vittel, Pure Life, Carnation, Libby's, Milkmaid, Nesquik, Maggi, Buitoni, Cross & Blackwell, KitKat, Milkybar, Quality Street, Smarties, After Eight, Aero, Polo, Lion, Felix cat food, L'Oréal

* News Corporation
TV: Fox, Sky, Star, Phoenix, Granada, CNBC. UK newspapers: Standard Newspaper, News of the World, The Sun, The Times. Australian Newspapers: The Telegraph , Gold Coast Bulletin, Herald Sun, Independent, Sunday Mail. US newspapers: New York Post. Publishers: Harper Collins Ragan, Zondervan, National Geographical. Nursery World, Rawkus, NDS, Mushroom Records, ChinaByte.com, Festival Records

* Nokia

* Revlon
New World Entertainment, Forbes

* Sara Lee
Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Radox

* Siemens

* Selfridges

* Starbucks
Seattle Coffee, Pasqua, Hear Music, Tazo

* Timberland

BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

"Each riyal, dirham etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine.. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression." -Sheikh Yusuf Al-Qaradawi

Kita hanya mampu lakukan apa yg kita terdaya. Maka, usahakanlah bersama-sama.

:: cctv ::

ha..mari menyambung karutan kat zaaba plak..tamo ddk studio lama2. bertenet di bilik lagi baik. maklumla, skg, kat ukm ni berleluasa penguatkuasaan cctv. kat fak, dmane2 aje ader cctv. ader org kate kat kolej kediaman pon drg psg gak menatang tu..tataula plak, tak nmpak pown kat zaaba ni..

sementara jaring ukm ni masih memberikan perkhidmatan intenet secara percuma, baik digunakan secara efektif. alang2 yuran mmg mahal, gnekan je letrik n air secara optimum. kalo blh, online je sentiasa.(hahah..gila tamak) dah la sem lps ader xtra cas seratus yuran xtvt kolej (konon...padahal org ckp itu utk cas penggantian tilam baru kpd sesetengah blok).. cessss....sunggoh tak adil. kot ye pon nak cas yuran tu, ganti la tilam utk sume blok. ape2 ntah....

berbalik semula kepada al-kesah cctv tadi, mmm.... memang skg ni kita tak blh melakukan sebarang kegiatan 'baik' secara terang-terangan. especially 4 JSBians... haha..pasni tak blh la korang berpoye2 kat courtyard kejut tu..kat situ aje da ader 3/4 cctv...sumer tempat dikawal oleh cctv.. kat lif, kat depan atm (haruslah) depan studio, even kat sblh split unit air-cond belakang pokok kelapa menghadap cafe pon dorang taruh. seb baik tempat2 private spt dalam studio ataupon toilet takde cctv.. kalo tak, habisla... tentu pasni takde budak yg stay lepas 6petang dah..

itu baru kat area main building kejut..belum masuk level2 lain, bangunan2 baru, n parking pon ader...mmg tak bley blah! sebenarnye tatau la ianya dah function ke blm.. macam blm je..tp tatau la seminggu dua nih..ape yg pasti cctv kat bgnn studio part 2 tu mmg blm function.. kerna ape??? haha..plastik pon blm bukak lagi.. nmpak sgt ketidak efisyienannya....maka, sementara ini, blhla meng-access studio sesuka hati...hohoho.........

begitulah al-kesahnya cctv di ukm skg..kengkadang rase terbatas plak segala pergerakan..tp, bila difikirkan balik, berguna jugak si cctv tu..takdela kegiatan haram dijalankan dimana2... so, for x-jsbians especially, alert key..skg ni da tak blh sesuka ati keluar masuk ukm...nak parking pon ader palang..tp..motor still blh access ok!! (haha..jgn jeles kepada tuan punya kereta sekalian!)

~tetibe terkenang zaman membawa motor masuk sesuka ati ke courtyard kejut..pastu susun motor sebaris beramai2 smpai pak guard sound keesokan harinya.. pernah sekali tu sape ntah alihkan motorku pada waktu pagi yg terletak depan pintu studio (aiyooooo....tertido kat surau la waktu tu) terima kasih la ye..huhu... skg da tak bley mengarut dah..~

tak jd balik..

hoho..td kn kate nk cabot....

tetibe plak dapat mesej dari seseorang....eeee rimaslah...kalaulah anda tahu yg saye tamo diganggu skg.maka, terpaksa berpura2 lah seakan-akan bz...owh, tak mengapa, kejap lagilah saye pulang..ingin bersendirian sebentar.

sambung cerite lagi...sebenarnye, hari ni poyo je cakap ader kelas..padahal kelas bile pon i tatau..suke ati je seminggu due ni berjimba seakan-akan sudah grad..Opsss...masih terlalu awal..kerana ader 1 sem lg nih...

kelas yg dimaksudkan sebenarnya hanyalah mau berjumpa en. mastor bertanyakan status kami student 5th year nih..tataula...rasenye kje banyak, tp buat2 tatau je......studio lain sume telah ader briefing...hanya kami je...tetibe di pinggiran...

tunggu dari 12 lebih...pkl 4 ptg baru dapat jumpa. mane taknye, ader kelaslah, jr. tambah unitlah, lastly, dengan menjual ikannya, aku potong je line jr. tuh..sori ekk adek2..(tp mmg kami dtg dlu hape). kalo tak, mmg takde lah 'kelas' yg diperkatakan itu.tu pon, naseb baik dapat jumpa..maklumlah, seorang kj yg bz...

haha..nak tau tak???mmg betullah ader kuliah...kuliah kat dalam bilik kj..nak dekat 2 jam la jugak...(termakbul juga doaku iginkan 'kelas' sesangat, nah! amik ko!)

banyak perkara lah diperkatakan..asalnye just nak tanye status kitorang n schedule disertasi maupun design thesis. Tapi, biaselah..dah namenye pon berjumpa Ar. Mastor Surat kn??? paling kejap pown sekurangnya setengah jam..huhu

Bila difikir-fikirkan balik, sebenarnya, byk ilmu yg korg blh dapat kalo berbual ngan mastor tu... mulanya memangla korg akan bosan. tp, cube korg pk bebaik...daripada korg buat kje yg tak berfaedah seperti bermain Pet Society tu (sesiapa ader perasaan??), adelah lebih baik korg berbual dengan beliau. Atleast dapat jgk input.. Kini, perasaan agak menghargai setiap perjumpaan dengan lecturer itu adalah jugak...kalo dlu..macam malas je nak dgr..ibarat, masuk bilik lecturer, keluar tak dapat ape2..maka, anda semua hendaklah memanfaatkan waktu crit session ataupun meminta pandangan dengan seorang yg bernama Mastor Surat.

Yg tak bley blah tu nak tau ape???hoho..beliau telah menghadiahkan kami berlima (aida, z, mazlinda, meng n yong) buku tulisannya setiap seorang...waaaa....terharunye...

asalnya die just bincangkan isu2 dunia aki masa kini..pastu die tanya, ader bace tak buku die...lin pon tgk2 la buku tersebut...lin bgtaula kawan die pernah dapat buku tu, beliau yg beri/ hadiahkan...

dengan tak semena2 n tanpa disangka2...en. Mastor terus mengira stok bukunya itu yg masih berbaki..yes!!!!cukup2 5 buah buku..die terus berkata mau menhadiahkannya kepada kami...hooraaayyyy!!!!

beliau cakap konon2nya mau memberi semangat kepada kami..sempena sem baru a.k.a final sem kami...

yeah!!!berusahalah Aida!!!!

pengajarannya, berbuat baiklah kepada lecturer anda!!
semoga naseb anda sama baik dengan saya pada hari ini...

beralih angin

assalamualaikum readers ( kalo ader yg bace lah)


huhu...welcome back.. actually da lame tak mem blog..last time blog gne friendster dulu... pastu tetibe stop, macam malas nak mengarang cz time tu tgh busy dgn design thesis.. after thesis plak, ter addicted dgn pet society...hohoh..(skg aku da kaye!!!)...


tetibe hari ni macam malas plak mau mengumpol harta kat PS tu, maka, sajelah membaca blog kwn2...seronok la plak...terasa mau memblog semula akibat hari ni byk bende best berlaku dalam hidup..tp, tamo blog dlm fster cz ianya seakan mengganggu inbox mail rakan2...(macam menyemak la plak)


so, thats whylah arini wordpress cube di explore...mulanya mau wat dlm blogspots, tp takde gmail..maka, malas mau daftar email baru akibat ketakterjagaannya di kemudian hari..


so, thats all for today..tomorrow, we start blogging yeah!! da pkl 9mlm da..cuak gak dok sorg2 dalam bgnn part2 nih...eeeeee.....


ca..alip..bot.....

cabottttttttttttt!!!

t.a.l.k.i.n.g

Related Posts with Thumbnails