Monday, September 14, 2009

Bercakap mengenai duet~

Pada masa sekarang, sy mmg tak berduet. Kehidupan bergantung kepada kebijaksanaan diri menguruskan wang dalam waktu2 terdesak. Kerana bajet raya telah melencong ke belanjawan pc, yuran sem yg naik mendadak dan peruntukan memprint berpuluh2 board pada hujung sem ini. Last sem, my studiomate ada yg print board sampai rm600.. Wadde?? Tula... Jadi bdk archi ni memang macam org kaye. Duit mengalir mcm air je terutama sekali waktu internal o external.

Kadangkala melihat, mendengar dan membaca tentang org laen yg sibuk bercerita pasal baju raya, kasut, handbag... what ever that stuff la, i macam menyampah. Bukan ada nada jeles disitu tp entahla. Takde perasaan. Kerana saya sedar saya tak berduet. Baju kurung satu almari dah lama tak dipakai. Bila la nak pakai??? Seingat saya memakai baju kurung pada waktu terdekat ney adalah bulan april lalu (mase external) dan sebelum tu mase disember lepas (cousin kawen). Laen waktu, sori~ sy selesa dengan kehidupan sebagai pelajar yg sempoi dan masih memerlukan bantuan kewangan dari kedua org tuanya. hoho...

Bila melihat rakan2 sebaya mahupun jr2 yg telah bekerja membuatkan saya sangat tertekan. Boleh membeli utk ibu bapa itu dan ini, membantu keluarga utk perbelanjaan raya kali ni. Even sedikit. Or even tak bantu sesiapa pon, tp mereka maseh mempunyai kuasa veto dalam wang maseng2. Maka boleh berbelanja secara suka dan suki.

OKla... nak cakap tu je.. kepada sesiapa yg ingin mempromote segala mala menda, harap maaf bcz im not interested. Menyemak je (dalam hati)~ Ye, dalam hati mmg mudah nak memberontak tetapi sukar utk diluahkan. Better luah dalam blog.

Sesapa yg masih mempunyai syer saya dalam duitnya, silalah pulangkan ye
.. i'm really desperate la! (la sangat~)

Saturday, September 12, 2009

alert!

write 'makkah' but dont write 'mecca' coz 'mecca=house of wine'...

write 'muhammad' dont write 'mohd' coz 'mohd=dog with a big mouth'

prkataan BYE adlh jarum sulit kristian yg BERMAKSUD dibbwh naungan pope

GN gnekn A'KUM sbb ia BERMAKSUD binatang dlm bhs yahudi..

SEMEKON plak brmksd celaka kamu..

jd GUNAKAN prkataan SALAM as a singktn bg assalammualaikum

Friday, September 11, 2009

Setelah setahun lamanya~

Sudah lama tidak melibatkan diri dalam acara crit secara terbuka ney, last time seingat saya adalah pada oktober tahun lepas, iaitu semasa internal mahupun external yg lalu. Perasaan dah lama tak berhadapan dengan lecturers tiba2 dirindui. Tiba2*

Tadi petang, sesi open crit berjalan dengan lancar. Alhamdullillah segalanya proceed. Hanya 3 minggu saja lagi berbaki. Manakan nak buat board, repot dan disertasi sekaligus. Dengan section dan dwg2 lain yg kne amend. Sangat serabut. Planet duranta seolah2 seperti tempat pelupusan sampah. Tak igt mana pergi board n calculation sumer mase sem1 dulu. Setelah2 puas mengorek sana sini, akhirnya pasrah. Do a new 1 again... :P

Keyla... Just to remind my self that i hv only 3 week left to clear this messy design. Arghhh..... da tak kose da mengadap setahun setengah lamanya. Harap2 semester ini berakhir dengan jayanya.. amin~

Wednesday, September 9, 2009

s.o.y.a

Bulan ramadhan ni mmg sedap kalo berbuka dengan air soya. Pernah dengar "Green Bean Soy Drink"?? Soya kacang hijau~ Ikuti email yg sy terima br2 ni

-------------------------------

Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringaneluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia. Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.



Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya........



Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???


Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!


Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini

-------------------------------------------------------------------------

Mungkin di Malaysia produk ini belum lagi boleh didapati. Apa2 pun, berhati2 lah dengan setiap makanan yg masuk ke dalam mulut anda kerna ia akan menjadi darah daging kita.

bukan monolog

Sekadar meluah perasaan yg tak terluah. Sebagai pemerhati mahupun penasihat yg tak berkenaan~

Harap pembaca jgn terlalu serius dan B professional~
-------------------------------------------------------------------
Hari ini planet duranta berputar senget pada paksinya. kerna apa???? kerana beberapa situasi di bawah.

kad raya dan kain perca menghantui di mana2. Kad da byk. Bila mau jual neh? Takkan nk jd tontonan utk kami bdua je kat sini. Deyyy group bussiness, kasi take over la jgk. Jumaat nxweek student suma dah confirm takde. So, sape nak bli nanti?? Paling habis pon minggu ni sepatutnya da start promosi.

Setakat ini sy x mendengar lagi mana2 sponsor luar yg kita dapat. It means that we have no extra money. Maka, kne la pandai2 berjimat. Tak blh la bajet sume nk tersedia pastu kita just goyang kaki ja~

Bercakap pasal berjimat ni sy nak sentuh skit pasal peruntukan belanjawan. Desas desus menyatakan bahawa belanjawan makanan ter'over budget. Peruntukan Rm20 sehari bagi saya agak mahal. Ini Siriessss.. Sedangkan belanjawan makanan seharian seorang pelajar NORMAL yg mampu tahap ptptn pon tak lebih rm10 rasanya.. Diulangi... peruntukan PTPTN. Bukan peruntukan pa or ma or tajaan mana2 pihak okkay??? INI BUKAN SEKADAR OMONGAN KOSONG. Tapi ini lebih kepada pendapat peribadi setelah membuat pemerhatian dikalangan pelajar u.

Bagaimana caranya??? Hanya rm10++ utk 4/5x makan sehari (pg, tghari, ptg, mlm/ supper) Main course sahaja yg ditempah catering@ whatever kedai makan. Kalo nak lebih 'kedekut' dan 'kejam' lg, kita tak perlu makan buffet or hidang2 ni. Just suro pihak catering tu siap bungkus dalam polisterin. Lg jimat dan mudah. Lps tu, student hanya Q utk ambil bungkusan makan ja. Buah2an dan air, kita handle sendiri. Kita blh pek dalam plastik dan edarkan sekali dengan Polisterin makanan. Tak perlu cedok2 lauk, kelam kabut tak cukup staff or Q berjela panjang bagai.

Itu hanya cadangan sahaja. Mungkin ada yg berpendapat ini adalah melampau dan tidak berbaloi makan sedemikian dengan bayaran yuran yg agak tinggi. Tp kne igt. Jika sehari makan dalam rm 20, spjg bengkel 5 hari sudah mencecah rm100. itu sudah lebih 75% dari yuran yg bakal dikenakan. Masalahnya.... berbaloikah???

Kita kena igt bahawasanya kita tiada sponsor lagi dan kita berada di daerah lembah kelang. Kos sara hidup mmg tinggi disini. Bukan macam nun jauh di selatan mahupun utara semenanjung ataupun pantai barat yg mungkin rendah kos sara hidupnya.

Ingin sy memberitahu anda akan kejadian bengkel 5tahun dahulu yg juga bertempat di daerah lembah kelang. Serius sy benar2 terkilan waktu itu kerana observer yg membayar yuran sebanyak rm125 (kalo tak silap) tiada peruntukan makanan. Hnya participant(rm150) dapat kupon makanan yg tertera pada buku nota (tu pon observer tak dpt). Bagi sy itu sangat melampau. Mmg mostly observer sgt 'hot ketika itu. Dahla takde makanan, takde tshirt, beg kertas (goodie bag) pon tak sama isinya dengan participant punya.Terpaksalah participant yg tak mahu makan memberi kupon kepada observer sedangkan beza yuran hanyalah rm25. Dahla takde modul. Setakat memerhati ja masa tu~ Dalam hati: baik tak payah!

Makanya, bekerja kerasla utk mengumpul dana wahai segala warga planet sekalian. Selagi tenaga kerja masih ada. 1 semester depan mmg tak cukup utk berhempas pulas memandangkan 2 batch akan menjalani practical. Jika tidak, g.o.o.g.b.y.e~ tu sahaja yg mampu sy katakan. Bukan utk menakutkan tetapi, beringat2 lah semua.

NO m.o.n.e.y NO .t.a.l.k

--------------------------------------------------------
Segala pendapat ketika mood 'swing' di subuh hari sementara menyelesaikan planning car park diharap dapat dipertimbangkan dan tidak menjadi isu yg sensitif kepada semua pihak. Harap maklum~

Tuesday, September 8, 2009

seorang 'ranger '

3.25 pagi

Bersendirian sekarang ditemani cahaya monitor. Bekalan cahaya sengaja dipadamkan akibat mahu menjimatkan tenaga disamping menyembunyikan kehadiran haram disini. Planet juniperus sudah gelap dan tiada sebarang bunyi tp penghuninya lupa mengunci grill tingkat bawah. ciss!!! kedengaran bunyi air-cond yg sedang beroperasi seolah2 pakgad yg membuat spot-check dan mengetuk2 graviti planet duranta. Jika tiada connectivity siber ketika ini, mahu saja lari ke planet petunia ataupun heliconia ketika ini.

sebelum kejadian.
----------------------------------------------------------------

12 tghari

dah lama x stay up sambil ditemani dunia tanpa wayar. ya, pagi tadi tetiba port duranta mendapat kuasa ajaib entah mcmana yg membolehkannya berhubung ke alam siber. thanks to iman, si pembekal ip address yg baru. 1Gbps~ wow.... donlotla apa saja pasti laju.. tetapi malang utk warga planet yg lain disebabkan hanya 1 port sahaja yg beroperasi dengan jayanya.

3ptg
melayan pedagang PS yg mau trade rare item. hopefully, pedagang tersebut jujur terutama dibulan ramadhan yg mulia akibat saya memberi hutang kepada beliau utk dilangsaikan dalam suatu jangkamasa.

Pengajaran: masa nak kan sesuatu, beria2. dah dapat , buat dek je...

manis mulut pintar berbicara.
Pujuk rayu memantau segala,
Bila dah dapat, hutang dibuat2 lupa,
Menghilangkan diri, ada saja alasannya.

6ptg
Aktiviti sosial di bazar ramadan.
Kereta merah dan kuning jadi pengangkutan,
Berbelanjalah kalian secara sakan,
Berbuka beramai2 suatu kemestian.

10 mlm
Selesai sudah melaksanakan kewajipan, penghuni lama planet duranta membuat ziarah dan pesta eskem bermula. Perut kenyang, hati senang, Mata pun bergenang.... Bersurailah mereka2 ke planet masing2 pada tengah malam.

-----------------------------------------------------------
* kedengaran bunyi dari Planet Juniperus. Oh, penghuninya telah pulang semula dari bersahur rasanya. Ok, menjadi berani dan lampu akan di onn kan semula tepat 5 pagi.

Monday, September 7, 2009

UBAT PENYEMBUH SYAITAN & IBLIS

Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan itu juga sering mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya.Walaupun seteruk mana pun penyakitnya dan patah kakinya, namun ade sejenis ubat yg membantu memulihkan penyakitnya. Boleh katakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan tangan yg serius dan boleh dimasukkan ke wad ICU.

Namun kita sebagai umat Islam juga telah bersimpati dgn nasib iblis dan syaitan dan telah menghulurkan ubat secara percuma kpd mereka ygdilaknat.Di pendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan anaknya pergi mengganggu umat islam yg baru hendak solat dimasjid, apabila sampai sahaja di masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut dan melalaikan para jemaah.

Tiba-tiba berkumandang lah azan, maka larilah iblis lintang pukang sambil terlanggar bukit,pokok besar dan seumpamanya dan mereka lari sehingga tak terdengar lagi di telinga mereka laungan azan. Maka iblis tadi meraung sakit kerana cedera parah, patah tangan ,kaki dsb. Datanglah bapak mereka dan mengarahkan bahawa hannya ade satu saje ubat yg boleh menyembuhkan kembali kecederaan parah mereka, lalu menyuruh mereka pergi ke rumah org islam dan carilah air kencing org yang kencing berdiri dan sapulah ke tempat yg luka cedera parah. Sepantas kilat,mereka mencari org Islam yg kencing berdiri dan serta merta penyakit mereka sembuh.

Kesimpulannya, org kencing berdiri inilah yg menjadi punca iblis sentiasa sihat dan segar bugar. Oleh itu, jgn kencing berdiri!!!

t.a.l.k.i.n.g

Related Posts with Thumbnails