Ni bukan edisi rebiu filem atau seangkatan dengannya lah ye.. Ini adalah berkenaan dengan sikap tak bley tego... Biaselah ketike musim2 panas dengan design ni.. segalanya panas2 belaka...
Terlebih dahulu sy ingin memohon maaf kepada semua diatas segala perkara yg berlaku samada secara sengaja ataupun tidak. Berbalik kepada isu jgn tego ini, ingin saya jelaskan disini bahawa dalam musim akhir2 sem sebegini, biasanya akan terjadinya symptom2 penyakit jgn tego.
Apa punya penyakitkah itu??
Symptom jgn tego ini melibatkan design dalam urusan seharian yg boleh mengakibatkan emosi sgt benci dan menyampah pada dunia sekeliling. Secara tidak langsung, akan terjadinya tindakan refleks yg kadang2 tu berada di luarkawalan pesakit. Ketika itu, hormon2 tak layan akan berleluasa hingga menyebabkan sesetengah pihak salah paham. Juga hormon buat dono dan memekakkan telinga serta membutakan mata pada persekitaran...
Oleh yg demikian, adalah ditekankan disini bahawa saya tengah menghidapi penyakit itu pada tahap yg sgt kritikal (Ibarat final stage lah ni). Justeru, saya mengharapkan semua pihak mengerti dan memahami mental dan emosi pesakit sebegini. YM, FB dan segala bagai bentuk pertanyaan ataupun sentapan yg mengakibatkan komputer hang tetibe amatlah tidak dialu2 kan buat masa ini. Ya.. saya mahu bersendirian. Tu pasal lah bertapa kat gua DURANTA ni bagi mengelakkan sebarang gangguan....
Maka, Bersabar je lah dengan karenah saya yg semacam lately ni. Terharu saya dibuatnya terhadap insan2 yg mengambil berat. Semoga Allah merahmati kalian. Jangan risau tentang saya kerana penyakit ini akan pulih dengan sendirinya.. Tatau la bila.. bergantung kepada progress design.
Lastly, tegur bila perlu.... Kalo mengarut2, J.A.N.G.A.N T.E.G.U.R ~
2 comments:
betol betol! saya turut menghadapi symptom sebegitu rupa....tahap tinggi nye emosi. adoi.
sabar ye...mari lah sama-sama usaha menghabiskan sisa sisa terakhir ini... isk isk.
bersama mengharungi sisa-sisa yg makin terhakis datelinenya ~
chaiyok!!!
Post a Comment