Monday, January 19, 2009

Hypotesis or problem issue ???

Semalam 5th year berjaya menjalankan sesi kelas kedua. Proposal semalam?? Let it go. Mmg tak siap pon. Taktau nak justified the topic..puas dah brainstorm smpai naik pecah dah kepala ni. Mane taknyer..its about 2 weeks doing my work at zaaba, spent my time all day long in my room. Bayangkanlah seorang penghuni studio setia selama 4 tahun setengah tiba2 menjadi seorang kaki bilik dan berlagak seperti pelajar kos lain dan tidak ada kerja...gosh!! B.L.A.C.K.O.U.T (kepala sy)…

B.L.A.C.K.O.U.T bukannye sebab takde elektrik. Tp takde air.. entahla..SYABAS menyatakan bahawa pada 12 &13 jan 09 akan berlaku kegawatan air yg melibatkan seluruh ukm..siap iklan kat e-pelajar lagi selain notis2 berkeliaran di sekitar blok di kolej. Yo’o je sume tu.

Bdk2 kat paras sy sibukla menadah air dalam baldi msg2. owh no! I’ll not do that. (Walaupun bilik sy cumelah sekangkang kera dari toilet) Rase mcm sekolah asrama plak, kne tadah2 air ni.. (please….tak kuasa aku) cukupla penderitaan kat hostel ms sekolah dlu (derita ker??) kalo sure takde air, home sweet home la jawabnya. Tambahan pembaziran masa amat berleluasa skg. So, baik balik rumah.

Tp rasenye..ader je air. Siap blh basuh baju lg. Kesiannya kat student2 yg telah menadah air dlm baldi2 mereka. tp takpelah..kerna air tersebut boleh digunakan untuk kegunaan benda2 berfaedah yg lain.

so, abaikan cerita2 di atas..dusta belaka...

oklah..dah habis melalut isu air la plak. kembali ke topik yg sebenar-benarnya. Agenda berjumpa Ar. Mastor berjaya buat kali ke-2nya.. takutla jugak kerna...proposal mmg tak siap. tp entahlah, lagak selamba semakin berjadi2. dengan mengambil langkah mudah, sy hanya print out je proposal last sem- tentang fire safety in terminal building. (wah..sungguh teknikal tajuk itu..kononnya) tp, sebenarnya mmg tak yakin pon nak go on dgn tajuk itu, kerna.... tidak sesuai dgn jiwa ini (ceh!) dahla mase topikal study 3rd year dulu pon membuat topik berciri teknikal - laluan servis, macam nak sakit jiwa mengayat. ni plak nak continue lg pasal teknikal??? OMG..Cannot.. i'll die to translate sesuatu yg berciri teknikal ke dalam bentuk ayat puitis berbasa basi dalam bm..tidak mungkin..

maka, setelah mendapat pandangan dari supervisor (last sem) n coordinator this sem, dengan ini, sy mengumumkan bahawa saya terpaksa menukar tajuk kepada sesuatu berciri sosial...

Ini kata mereka (setelah di ubah2 mengikut citarasa sendiri

"architecture is related to human and built environment...we build up something for human comfort.. tak payah lah awak susah2 pikir pasal2 teknikal ni...biar engineer pikir. jangan tamak!!sumer kje mau suro architect settle."

( owh, ayat last itu sy tambah2 sendiri bg menyedapkan rase hati, mmg dusta betul)

maka..terpaksalah berfikir isu apakah yg akan dibuat..idea da mmg ade iaitu mau membuat sesuatu yg berkaitan dgn meeting place in terminal..tp mmg topik itu tiada isu..jika takda isu..tak blh nak solve the issue.

Oleh yg demikian, ada yg memberi cadangan sy membuat satu hipotesis berkenaan tempat perjumpaan di terminal..tp hipotesis apakah? tiada langsung terbayang di fikiran apakah hipotesis yg berpotensi di 'create'kan berkenaan ' tempat perjumpaan' itu.. anyone got a better idea??? help meeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...........!!!!

akibat terlalu runsing memerah idea berkenaan topik yg bakal dijadikan tajuk..sy dengan ini mengumumkan mau mendrop subjek disertasi bagi sem ini..short sem baru pk...(kalaulah hidup semudah itu)

tahukah anda apakah perbezaan antara hipotesis atau problem issue dalam membuat penulisan disertasi??

okey, mari sy terangkan sedikit berkenaan latar belakang kedua2 suspek diatas secara umumnya...

Dalam penulisan disertasi, si penulis berkenaan sebenarnya bukan menulis sembarangan perkataan sesedap rasa tanpa arah tuju yg betul. Si penulis hendaklah memahami apa tujuan disertasi yg sebenarnya.. disertasi bertujuan bukan sahaja mau menggalakkan pelajar menulis dengan cara yg betul di kemudian hari (tak kisahlah nak tulis buku ke, artikel ke, journal ke) tp, apa yg penting adalah si penulis dapat menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat disekitanya. maksudnya lebih kurang korang wat research la. pastu di transfer dalam bentuk penulisan dan org lain dapat baca.akibat pembacaan mereka itu, then it can contribute something to other people by your writing. tak kisahla ape si penulis tu merepek dalam disertasinya. knowledge yg pembaca dapat daripada si penulis punya disertasi tu pulak tak semestinya kne idea2 baru yg glamer gitu. blh je wat reference disertasi org lain pastu setakat korang ubah masa, tempat dan teknologi. lebih kurang mcm tu la..

Contohnya, sekiranya anda pernah jumpa artikel yg boleh dijadikan contoh seperti : kebersihan cafeteria kat kolej kediaman di ukm pada tahun 2005 yg lalu. anda boleh je ambil topik ala-ala macam itu. pastu anda boleh je dapat idea dari penulisan tersebut..

Misalnya, tajuk anda boleh berupa ini:

- kebersihan tandas kat kolej kediaman di ukm

ataupun ini:

- kebersihan cafeteria kat hospital di ukm

malahan begini:

kebersihan cafeteria kat kolej kediaman di sekolah....

pensyarah sy ajar, even anda buat tajuk exacly serupe macam contoh diatas pon takpe. Misalannya :

kebersihan cafeteria kat kolej kediaman di ukm. (* peringatan: tajuk ini tidak sesuai dengan pelajar2 senibina. sila cari tajuk lain yg lebih munaserawak okkey?)

Ini kerana, kajian anda dengan contoh disertasi yg telah siap tersebut dijalankan pada waktu yg berbeza. walaupun setiap point sub topik mungkin sama, tapi penemuan (finding) anda seharusnya berbeza dengan contoh disertasi itu. u know u do it in 2009 maaa....mane sama dgn 2005..zaman dah berubah.

tp igt...jgn berani plagiat!!!

kot ye pon nak tiru, agak2 la bai

karang kene saman baru tau....

kalo tak pon,gagal kursus itu

paling kurg pon...emmm...takde ke korg rase malu mendapat degree dengan usaha yg tidak berkat???

fikirkanlah....

jangan pandang pensyarah2 sebelah mata. pandanglah dgn kedua-dua mata anda. mereka tahu mana yg asli dan mana yg plagiat.

okkey..bersambung lg...

setelah anda mendapat ilham akan tajuk yg ingin di kaji, anda haruslah mendapatkan isu-isu yg membuatkan anda dapat menyelesaikan masalah yg ditimbulkan tajuk topik yg anda pilih. Contoh dari tajuk di atas: adakah kafeteria di kolej bersih? keracunan makanan di kalangan pelajar, perbezaan harga dikalangan2 mereka, wabak denggi dan chikungunya daripada cafeteria yg kotor..mengapa perlu kafeteria berkeadaan bersih??? bla..bla..bla..(korg jawabla sendiri ye).pastu..korang tackle la masalah2 tu.so..that's the problem issue.

Tajuk tersebut mungkin mempunyai problem issue... tp jika anda mempunyai tajuk yg seakan2 berbunyi ini : potensi laluan servis di belakang bangunan...maka, ia adalah hipotesis. Ini kerana, anda menganggap bahawa laluan servis mempunyai potensi untuk di'upgradekan'.ttpi ianya bukannya datang dari masalah (problem issue) tetapi dari pemikiran bijak pandai anda,maka..ia adalah hipotesis (lebih kurang anda bagi idea unik tersendiri lar)

begitulah serba sedikit cerita tentang 2 subjek tersebut.. harap anda paham dengan apa yg saya terangkan. kalo tak paham...buat2 paham je la.

back2 my hipotesis yg tak sudah2 tu..jalan yg terbaik bagi menyelesaikan masalah2 ini ialah >>>>>>>yeah!!! home sweet home ~ da! (bertukar view dan site context bg mendapatkan idea yg bernas lg bijak)


No comments:

t.a.l.k.i.n.g

Related Posts with Thumbnails