Monday, January 19, 2009

15 januari 09

sejarah hari ini

6.30am - keluar rumah awal2 pagi mahu pulang ke ukm. abah drop by kat bus stand. sengaja mau men'thrill' kan ini hari takmo naik komuter. adventure naik bas (ye..adventure yg membuang masa) siap boleh tdo tak sedar diri..

2.30 pm - pegi mengundi kat zaaba. cis..berani abang jage peti undi bajet macam bagus. Igt saye tak pernah mengundi ke ha?( marah sekejap). ni dah cukup baikla datang membuang undi setiap tahun selama 5 tahun berturut2. anda pernah???

3.00pm - berjumpa Ar Mastor buat kali ke-3.memang selamba.. first time bawa buku catatan utk mencatit ntah ape2 tah dan juga mp3 bg merekod segala gosip secara senyap. meeting in progress selama sejam lebih sikit. (sikit je..) yong tak join kerna pergi bangunan kenYANG. Cisss...mengelat (jeles tetibe ntah ape2) dapat sedikit input berkenaan masa depan (masa depan??? hahah)

4.50pm - berbincang mengenai masa depan (heh) we'll decided to dropp disertasi subjek. minta bawa ke sem3. yes!!!berjaya...alhamdullillah. just take 8 kredit hours 4 this sem.. hoho..first time merdeka tak boleh blah. (laung merdeka!! 3x) memang heaven in the studio la sem ni. sblm ni tak pernah ambil kurang dari 17 unit setiap sem selama 4 tahun setengah. bayangkan...paling kerap, 20 -23 unit. oh, sungguh sengsara semasa itu..

5.50pm - kembali menginap di studio master setelah sekian lama menghilangkan diri. On d way jmpe cik nurul kite yg mau mengedar-edarkan kadnya.. tahniah!!. Sampai aje kat studio master hanya ada huda n gedix je tgh rajin semacam menyiapkan tugas yg ibunda mereka berikan..haha. Agenda disini: sambung melayari intenet yg tak sudah2. bermain PS, bergosip bersama bdk2 studio, download n copy cerite2 yg memenuhkan 12gb hardisk kom..mmm..memang bergumbira.

8.45pm - pg village view bersame huda n gedix. mereka kelaparan. lupe mau beritahu, hari ini besday huda. makan2 a.k.a celebrate huda's birthday konon2 (celebrate ker?) tragedi jambatan bergoyang yg takde struktur sokongan amat mencemaskan diri. Peringatan kepada para arkitek dan jurutera sekalian: jgn buat jambatan seperti di village view sblh hentian kajang itu. tidak bagus dari segi keselamatan dan OKU. Mmmm..juga tidak mesra pengguna. Malam ini berlagak menjadi org kaye. makan sumer menu barat. ewah.. straw 360" mmg tak boleh blah. (huda n gedix, sila jgn jeles.. haha) sungguh tidak adil dengan membezakan kasta makanan melalui straw.huhu..

di mulut kate: takpe..sekali sekala je berbelanja sakan

dalam hati kate: esok puasa!!!

dalam perut kate: kenyangnye........alhamdulillah.

sekarang.. terus menghapdatekan diri tentang cerite karut puaka niyang rapik yg terlepas ketika keluar makan tadi. tatau mau pulang bile..sampai bosan kot..

terima kasih kerana sudi membuang masa anda membaca entry di atas.sila datang lagi..hehe..

No comments:

t.a.l.k.i.n.g

Related Posts with Thumbnails