3.25 pagi
Bersendirian sekarang ditemani cahaya monitor. Bekalan cahaya sengaja dipadamkan akibat mahu menjimatkan tenaga disamping menyembunyikan kehadiran haram disini. Planet juniperus sudah gelap dan tiada sebarang bunyi tp penghuninya lupa mengunci grill tingkat bawah. ciss!!! kedengaran bunyi air-cond yg sedang beroperasi seolah2 pakgad yg membuat spot-check dan mengetuk2 graviti planet duranta. Jika tiada connectivity siber ketika ini, mahu saja lari ke planet petunia ataupun heliconia ketika ini.
sebelum kejadian.
----------------------------------------------------------------
12 tghari
dah lama x stay up sambil ditemani dunia tanpa wayar. ya, pagi tadi tetiba port duranta mendapat kuasa ajaib entah mcmana yg membolehkannya berhubung ke alam siber. thanks to iman, si pembekal ip address yg baru. 1Gbps~ wow.... donlotla apa saja pasti laju.. tetapi malang utk warga planet yg lain disebabkan hanya 1 port sahaja yg beroperasi dengan jayanya.
3ptg
melayan pedagang PS yg mau trade rare item. hopefully, pedagang tersebut jujur terutama dibulan ramadhan yg mulia akibat saya memberi hutang kepada beliau utk dilangsaikan dalam suatu jangkamasa.
Pengajaran: masa nak kan sesuatu, beria2. dah dapat , buat dek je...
manis mulut pintar berbicara.
Pujuk rayu memantau segala,
Bila dah dapat, hutang dibuat2 lupa,
Menghilangkan diri, ada saja alasannya.
6ptg
Aktiviti sosial di bazar ramadan.
Kereta merah dan kuning jadi pengangkutan,
Berbelanjalah kalian secara sakan,
Berbuka beramai2 suatu kemestian.
10 mlm
Selesai sudah melaksanakan kewajipan, penghuni lama planet duranta membuat ziarah dan pesta eskem bermula. Perut kenyang, hati senang, Mata pun bergenang.... Bersurailah mereka2 ke planet masing2 pada tengah malam.
-----------------------------------------------------------
* kedengaran bunyi dari Planet Juniperus. Oh, penghuninya telah pulang semula dari bersahur rasanya. Ok, menjadi berani dan lampu akan di onn kan semula tepat 5 pagi.
1 comment:
kahkahkah. penghuni juniperus yang sakan melalak bagai praktis nak audition af...
ish. masa baca entry neh, terasa cam kak aida sedang menceritakan secara separa berbisik dengan nada intonasi cam penceritaan misteri nusantara! fuh! saspen abis!
Post a Comment