Monday, May 4, 2009

kenapa saya memblog???

Berikutan entry2 kebelakangan ini yg berbaur hangat dan hangit, ingin saya jelaskan sebab2 kenapa sy menulis entry di blog ini.

Blog ini sebenarnya bertujuan asal untuk menceritakan apa sahaja yg saya nak cakap tp tak terkeluar dengan kata2. Tak kisahla sebarang isu. Dari kehidupan harian, pembelajaran, fakta, email, dakwah dan sebagainya....

Justeru, sy tak berharap pon ramai yg baca kerana ianya lebih kepada pendapat peribadi. Tak kuasa juga nak promote2 blog sampai pemes pon. Cuma sy nak kongsi sedikit cerite yg saya ada. Agar kalian semua paham dan serba sedikit dapat mengambil iktibar daripadanya.

Selain itu, sy juga mahu mengeluarkan segala yg terpendam dalam hati. Tamo simpan2 cz ianya kan memakan hati akhirnya. Kalau cakap direct nanti, ada pulak yg membenci. Maka, baik saya monolog sendiri secara online. Tak kisahla walau takde sape nak bace pon, yg penting segala yg terbuku telah diuraikan.

Sy juga bukan pemendam orgnya. Takdela simpan sampai menggunung, pastu meletup macam gunong berapi secara tiba2. Baik monolog sendiri dari bergosip tak tentu hala. Buat tambah dosa je...

Im an outspoken person. Oleh itu, bagi mengelakkan berlakunya penyesalan sesudah bercakap akibat tidak berfikir panjang, maka, baik saya menulis. Sekurang2nya, entry akan menggunakan akal untuk berfikir baik buruknya serta di check beberapa kali sebelum di post. Malah, ianya boleh diedit jika terdapat sebarang perubahan.

Walaupun sedemikian, sy adalah insan biasa yg punya kekurangan. Mungkin ada antara entry yg sering menjadi tanda tanya dan mengkonfiuskan anda semua. Juga mungkin menyebabkan sesetengah pembaca terasa ataupun tersentap. Tak kurang juga ianya akan menimbulkan isu... Whatever... it is just me..

Sy sangat terbuka dalam memberikan pendapat. Namun, mungkin pendapat2 tersebut tak semuanya boleh digunapakai. Maka, kepada kalian semua yg mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila lah berhubung secara terus dengan saya. Jgn berselindung disebalik nama anonymous ataupun bercakap dibelakang. Mana tau anda tak puas hati ke, nak tau apa2 ke, nak suro delete ke atau apa sajalah yg telah sy post kan kat blog ni.. Digalakkan berbuat demikian.

Okla..setakat ni je ada idea nak tulis.... nxtime, kalau ada sy apdet lg pasal kenapa sy memblog~
Sekian...

No comments:

t.a.l.k.i.n.g

Related Posts with Thumbnails