Thursday, April 30, 2009

F.o.o.D.s.o.s.W.e.e.T

Food tagged!!!

Sekarang sume pegi makan. Tak kira samada di duranta mahupun juniperus. Patutla senyap je sebelah tu. Tadi ketawa bagai....

Maka, akibat ramai yg sedang keluar makan sekarang, sy nak buat tag pasal makanan...tetibe terkena la pulak tagging dengan situasi skg ney...

Maka... sila lah ye jawab...

1. Senaraikan 10 images makanan/minuman yang anda teringin nak makan saat ini.

2. Carian hendaklah dilakukan dengan Google dan paparkan image paling menggiurkan.

3. Turutan gambar hendaklah mengikut nafsu keinginan anda masing-masing.

4. Sila tag 6 orang lain untuk tugasan ini. Selamat menyelesaikan tugasan!


THE PICS HERE WILL MAKE U SUPER HUNGRY PROCEED WITH CAUTION!!!



10 images of food or drinks
--------------------------------------------------------------------------

sy suke caramel... so suwit...
----------------------------------------------------------------------------------------
search banana split.. tp terjumpe pic ni pulak.. waaaa...
----------------------------------------------------------------------------------------

Nak tart!!! tart..tart...tart....

----------------------------------------------------------------------------------------

Kek keju....
----------------------------------------------------------------------------------------

eskem yg colourful....
----------------------------------------------------------------------------------------

cendol...
----------------------------------------------------------------------------------------

epal besar... nak yg ke2 dari kiri di barisan ke2...
----------------------------------------------------------------------------------------

mau abc juga...
----------------------------------------------------------------------------------------

rasenye... ni je yg mampu nak bli jap lg....

----------------------------------------------------------------------------------------

the one and only non- sweet item that i want now...

----------------------------------------------------------

Nota jari: : sila selitkan satu item yg anda mampu memiliki sekarang dari 10 item yg diidamkan...

ok... selesai suda....perut yg lapar td jd kenyang la pulak. Happy tetibe...bagi melengkapkan misi, 6 org ini dikehendaki jawab tag ini jika anda free..farah, yin, dalila, fieza, elly dan anuar.. ye.. sy tau anda berselera tgk gamba2 tu...

Second intake punye tag!!!
finas, iman, adian, ceeda, enul, nurul, alyaa, izuan, nabil, bdk2 ardent yg punya blog... dan pembaca senyap...

Selain itu, sy galakkan sume yg ada dalam senarai blog sy utk jawab juga. Seronokla wt mende ni... mari2... let's xplore the foodsssssssssssssss...

serius... S.E.D.A.P!!!

individual crit 1

Sekarang saye sgt free.. ye.. agakla..
(err..sebelum2 ni tak free kah???) siap construct RC tabley bla....RC tabley construct la skg.. Under maintainance pulak dah... ish..ish...ish...

Tadi pertama kali bjaya menjayakan diri utk serah dsign utk dikerit kali ke...er....berkali2 ke? Akibat kesaikoan kanak2 duranta ni menyuruh sy pg kerit jugak... akhirnya sy pegi juga.... yelaa... apa nak takut.. design still same je pun..

Okla.. berjaya akhirnya.. walopung banyak kne ubah last minit, tp saya puas. Puas kerana ada jugak lecturer yg sudi lihat design saye setelah dikepam berbulan lamanya... Sampai da jadi jeruk da skg... masham!!

Sebelum mengkerit dengan koordinator, telah terserempak dengan sub-supervisor..

Dalam hati: aiyaakkk!!! minta2 die tak perasan...
Dalam mulut: nak tego ke tanak...
Dalam otak: takpe2. bukannye saye buat salah pun...

Sekali....
-----------------------------------------------------------------
beliau: Ha! Mana pergi. Satu sem tak jumpe!
sy: hehe (sengih ayam...)
beliau: so, macam mana progress??
sy: macam ni la.. (sengih2 lagi)
beliau: abisla ko sem ni..
sy: masih sengih (dalam hati: apsal pulak?. ceh! ada hati nak riak)
beliau: siapla ko nanti mase present..
sy: sengih dan terus menyengih (dalam hati: matila....)
------------------------------------------------------------------

Akhirnya, crit session berjalan dengan motionnye... ofkos banyak salah silap punye. Nobody nobody...nobody perfect! Void kne ada roller shutter ye adik2, in case of fire.. Air cond pula kne kasi compartment spy senang control....ramp kne... tangge kne... ubbl.... atrium... fin...calculation... lightweight structure..grid line.. bla.bla..bla....

Kita yg tentukan bagaimana percantuman column2 dan beam2 yg terlibat. Bukan kite ikut design parking or any space, pastu baru letak tiang ok! Tak kisahla anda mau bentuk macam manapun, tiang mesti settle dlu...

Mungkin bagi yg menggunakan grid line 90 degrees dengan sistem struktur post and beam agak kacang disitu. Tapi bagaimana pula dengan design decon, curvilinear, berdegree sana sini.. ha.. amik!! nak sangat kan???? Oleh kerana sesi kerit tidak dapat dijalankan secara online, maka, saya tidak dapat menjelaskan bagaimana mengconstruct construction tersebut secara ayat2 di entry....

Maka, lebih baik anda bertanya kepada lecturer anda... mmmm.. mereka lebih pakar.. jangan biarkan diri anda diselubungi perasaan takut..............mereka tak makan org pun..

Alhamdulillah sesi kerit berjalan kurang dari sejam. Mebi sy print A3 size kot. Maka, salah silap tak diterokai secara detail.. So, for monday... kne jumpe main supervisor pulak. Wajid!!! ehh.. wajib!!! Naseb baik tadi beliau tiada.



ok. C.OM.I.N.G S.o.o.N.. i'm coming!!!
---------------------------------------------------------
iman mau tampal jadual kerja bagi sume org saiko kat pintu duranta....

Wednesday, April 29, 2009

dari ps ke rc

Nota jari: Dari Photovoltaic System ke Reinforce concrete... Wakaka.....


sekarang saye tak berape addic ngan ps dah...
pasai apa???
pasai .........

nyampah u!!!!
walopung skg ni maseh melawat tiap2 hari.....
mengumpul harta dunia siber....
boleh berbelanja....
shopaholix okeh....
itu suda pasti...

Namun, itu bukan bermakna sy sangatla rajen membuat kerja sepatutnya... Oh tidak...Mana mungkin hidup di belenggu software2 graphic yg memerlukan kuasa supepower sahaja... Sekali sekali ( Berkala-kala sebenarnya) perlu jugak meregangkan minda dengan perkara2 yg mencabar skill dan menguji tahap softskill yg ada.

Maka, dengan resminye...
Saya mula terjebak dengan RC...
Haih.....
Sunggoh kuat pengaruh rakan sebaya.....

x-thensyen

semalam edisi thensyen...
malam ini edisi x-thensyen pulak

kenape?
studio sebelah sudah dapat extension dateline...
sepatutnya sabmeet esok, pastu jumaat, sabtu plak.....
atlast.... next friday!!!
yehaaaa!!!!

apsal hepi sangat?
ape kene mengena???

haruslah kena mengena...

kami kan duduk sebanglo~


maka.... buat seminggu dua ni, dapatla menginap bagai kat banglo lg... even kene halau pun, majoriti maseh ramai...takdela kne sorg2.....

-----------------------------------------------------------------------
Ok...
tamat disini....
Studio agak sepi sekarang.....
Kat bawah tu,hanye ada 6bijik keta dan 4 motosikal....
Main road tak se jam sperti semalam....
Tidak seriuh semalam....
Power supply juga tak seheavy semalam...
Sumer sunyi...
Sumer menyendiri...

Tuesday, April 28, 2009

parkir~

tadi telah ke pasar malam
kat mane lagi di hari selasa mcm ni...
dekat ngan shell tu la...
seksyen ape tah...

biasa la..
apabila menaiki kereta, parkirnya kat area flat colourful tu... bila naik moto pula, parkirnya harusla berdekatan dengan shell.

Mana tau....
Hari ini nampak mat shell tu baik bagai...
Siap tunjuk arah parking kosong tu....
Dalam ati, apasal semacam je...
pelik..pelik....

Rupenye...
Memang takda udang disebalik yong taufu....
Tapi ada resit...

Resit apa?
Resit parking....
Mmg tabley bla...
Nak pg pasar malam pn kne bayo paking...
Lainla kat klcc ke, pavillion ke...
Moto pulak tu...
Adoila....

Ntah ape2 la... Dunia skg nih... Sungguh berkira..

thensyen!!!

Sekarang pukol 10. 35 mlm. Hati tengah panas. Kepale pon macam panas. Suasane pon panasssssssss...

Haih... mata ngantuk, merah, macam panas jugak. Tp tabley tdo. Ntah nape mlm ni... Telinga pon macam panas jugak....

Surat....
Tadi penjaga sebenar studio datang
Menanyakan kebenaran dok studio
Oh surat.....
Nak ke sy buat....???
Tak kuasela sangat...
Pasni, kne halo terpakse la berangkat...
Takdela stayup late midnight...

Panas.... Panas... Panas.....
Syaitan tengah hasut ni...
Sambil kipas2 api dan bara kepanasan...
Kasi Sy panas lagi.....
Dan terus memanas...

Design juga....
Bikin mud ku panas....
Panas....
Dan semakin panas :(

No no no no....

relax aida....
selawat byk2...
Kasi suhu turun...
Kan byk fadhilat kalo selawat byk2....

Astagfirullahalazim.....

Monday, April 27, 2009

Keajaiban Berselawat

Selalu kita dengar - di ceramah-ceramah agama (bukan ceramah politik), di kaca TV selepas subuh, di radio (terutama IKIM) - mengingatkan kita tentang betapa pentingnya selawat. Penceramah sendiri pun selalu berselawat ketika hendak memulakan dan mengakhiri ceramahnya. Begitu juga dengan guru agama - berselawat di permulaan dan penghujung sesi pengajarannya. Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat.

1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (Hadis Riwayat Muslim.)

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9.Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

10.Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Hadis Riwayat Abu Naim.

30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - Hadis Riwayat Thabrani

------------------------------------------------------------------
Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.

Wallahu a’lam.

t.a.l.k.i.n.g

Related Posts with Thumbnails