Friday, December 4, 2009

kalo dah takdir~

kita hanya mampu merancang, tuhan yg menentukan...

Ya...
Phrase tu memang betul. Sy agree 100%.. Tiada kompromeeeeeeeeeeeee....

Kadangkala kita rancang, tak semuanya menjadi mengikut apa yg diingini. Maka, kita sentiasa la kne bersedia. Tak kira apa jua kerja, mesti ada risiko. Maka.. sy lebih suke main selamat.. er, maksudnye playsafe. Tp tak jugak..

Kerna, kadangkala tu mcm2 surprise yg berlaku sewaktu menjalani perancangan yg kita lakukan.. Oh i love surprise.... Mau tergamam pabila mendapat kejutan. Sperti kejutan kema nak kawen ujung bulan ni ...keh keh keh.. Nanti mau buat kejutan jugaklah.. haha

Kadangkala, mungkin Allah nak beri kita ujian kepada kita ataupun mungkin mahu menyelamatkan kita daripada perkara2 yg tidak baik pada masa akan datang.. Wah wah wah, kalau lah kita tau apa yg akan jadi in future kan.. mesti best.. Er, best ker???

Kadangkala kita da puas berusaha, tapi kalau Allah tak izinkan perkara tersebut berlaku nak buat macamana kan? Kun faya kun~ Kita mesti percaya yg setiap perkara yang Allah dah tetapkan dalam hidup kita ada tujuannya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa supaya takdir kita baik2 sahaja. Semoga kita ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.........

Naseb.
Sama ke dengan takdir???
Sy tak suke sebut. da naseb~
Macam moral down gitu...

Sy lebih prefer sebut dah takdir..
Cz u noe what????
Naseb tu mcm berunsur -ve
Entahlah....
Itu yg sy percaya....

Apa2 setiap org punya pendirian sendiri.
Lain padang lain belalang, lain org, lain ragam....

bercakap mmg senang...

bercakap mmg senang tapi cube buat. tengok........................
bercakap memang senang, tp cube tunjukkan, tengok...................
bercakap mmg senang tp cube kotakan, tengok.......................
bercakap memang senang, tp cube buktikan, tengok.........................
bercakap mmg senang, tp cube diam! tengok.................................

bercakap memangla senang, cume keluarkan suara je, tak perlu modal, tak perlu pengorbanan dan tak perlu buat pon :p

Thursday, December 3, 2009

ilang suda..

aiyaaaak!
template suda terformat...
nak buat lain, lain jadinya.....
yg da di save pon error..
paling benci blog friend list kne buat baru...
oh, sgt la malas........

Wednesday, December 2, 2009

boss|san|da|tang

1Gbps...
inilah mase nye
gunekan se optimum yg ada
sementara connection maseh tersedia
tp tatau nak buat apa
segala mende nak diteroka
download sebanyak mana
upload.. er, adeke??
software baru dicuba-cube
konon2 nak explore segalanya
belaja muzik, grafik dan bahasa
tapi semuanya hampa
pasal tatau nak tanye sape.....

70 gb
stok muvie yg tersedia
tatau nak khatam bile
peluke nk khatam semua
macam tak kuasa
baik menambah pahale
dari buat yg kerja sia-sia...

ok... mood bosan skg~
mari mengayat :p

Tuesday, December 1, 2009

bz

salam sejahtera

dengan ini adalah dimaklumkan bahawa jadual saya adalah amat padat dari 4-14 disember. Stiap hari ada sahaja urusan duniawi yg tak putus2. Jangan igt penganggur terhebat macam saya hanya duduk goyang kaki sahaja menghadap pc sambil bermain fb dan berblog. Owh, tidak kuasa okkey??. Oleh itu, dengan seikhlas hati saya tidak mampu berjanji apa2. Cukuplah dengan perancangan yg ada setakat ini. Yela, kita hanya mampu merancang, tapi tuhan yg menentukan....

Sy tak mau 'yg dikejar tak dapat yang dikendong berciciran'... Igt, kita punya tanggungjawab terhadap janji dan tugas yg telah diamanahkan. Sy tidak suka berjanji. Sbb akan frust kalo sy tak dapat tepati. Sy lebih suka redah ja. What goes around, comes around. Sy tidak suka janji kosong. Janji atas angin dan sewaktu dengannya... So, please la....

Of course, x sume org dapat mambahagikan masa dengan baik. Ye, saya akui sy lemah dalam pembahagian masa. Kalo boleh, sume mau buat, sume mau join. Tp apakan daya, sy hanya insan yg lemah. Punya kekurangan. Justeru, sy harap anda paham.

Semoga kita semua berjaya menjayakan apa yg dirancang. Jangan membuat janji kosong. Sila bertanggungjawab okkay???

dua disember 09

ok.. sekarang suda 1.17 pagi
even mebi tarikh yg akan appear kat blog nanti maseh 1 disember

nak tdo mcm tak best
selagi maklumat dihujung cari
so curious....

misi: mencari pot2 pekerjaan yg baek punya..
menggoogle bukan sebarang google
menggoogle earth (GE) skali
mencari destinasi yang tak pasti
kurang dari 30km dari rumah yg bakal dihuni
supaya boleh merempit nanti


sape yg firm die nak orang???
silalah rekemen
especially working environment yg baik
mmm.. maksudnye ada kawan2 yg setaraf, err, umonye
takdela gap umo jauh sgt
sy tamo menjadi vampire lg
cukopla pengalaman mase practical dlu...


tanak jao2
nak area kl2 je
lg dekat dgn bangsar lg suke
staf at least lebih 10 la...
berkembang sikit minda nih
pastu ot blh claim...
mileage pon blh claim
hoho.. gila demand
bajet hebat...
ah, ada aku kesah???

astaghfirullahalazim...

sorila ye kepada sesiapa yg membaca
harap maaf.
sy juga sgt rase annoying pada diri sendiri sekarang ni
fikiran sekarang ini sgt dipengaruhi oleh unsur2 jahat, kejam, tamak haloba, persaingan, dan hasat dengki...
astaghfirullahalazim...
astaghfirullahalazim...
astaghfirullahalazim...
omg... berubah cepat!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ok.. gtg.. byk lg firm yg nak d mark kat GE ney~

it's d.e.c.e.m.b.e.r

hari ini satu disember

bulan terakhir tahun ni...
biasanya org berazam di tahun baru...
tp sy suke berazam di hujung tahun
motif???
mempersiapkan diri dengan misi kehidupan...
menghabiskan sisa cuti tahunan ( cuti ke???)

wishlish bulan ni:
isthikarah akan masa depan
siapkan portfolio
pegi intebiu............. ke??
projek buku (ceh, mcm nilam project je time skola)
projek template
compilation accredetation-part1& part2 sume
langsaikan hutang2 kerja
menyebok kat trial camp
project dgn lecturer
project dengan rakan
project dengan family
cari kerja
cari duet
attend kenduri2 yg termampu
mencari ketenangan
menyendiri
bakar kerja2 dalam dvd
abiskan softcopy cerite2 dalam hardisk
format pc
pegi pc fair
melancong
melencong
cuti2 malaysia
-------------------------------------------------------------------
okla.. tu je kot dapat pk setakat ni....
hopefully semua ni dapat dilangsaikan sebelum tahun baru...
nanti boleh buat wishlish baru....

oh, masih berbaki lagi 30 hari untuk menunaikan hajat2 diatas....
move...move!

selamat memasuki semester baru junior2 ku~
haha... i'm free... b.e.b.a.s.k.a.h.a.k.u?

t.a.l.k.i.n.g

Related Posts with Thumbnails